Sunday, 22 December 2013 1 rungutan

Study week. Lagi.

Lama tak bukak blog. Malas. Sibuk.

Study week la paling free. Sebab tu la aku selalu update masa stadi week.

Tapi jugak menandakan sampainya waktu penderaan otak nih.

Insya-Allah boleh.. yang penting adalah sabar.

Banyak benda dah jadi, rasa nak cerita tapi malas. Cuma nak cerita sikit je.

Ingat semalam nak balik, tengok-tengok tiket mahal bebenor. Memang parents aku ade bagi tambang, tapi tak cukupla pegi balik. So aku decide tak jadi balik. Sampaila end of semester.

Tapi takpe, tak balik ni, nanti aku pegi Jepun. Betul-betul lepas final. 18 Disember. Musim sejuk. Tak sabor rasenye, first time nak main salji. Pegi under program universiti, Global Outreach Program (GOP). Program khas untuk semua student UTM untuk merasa pergi oversea. Aku dah masuk tahun 3 baru merasa nak pergi. Walaupun actually dah pernah pergi Indonesia dulu bawah program biodiesel expedition, aku tak consider tu GOP.

Duduk u ni setakat ni baru je 3kali pergi oversea. Indonesia, Jepun dan Singapore. Ala Singapore sebelah JB je. Huhu.

Kbai. Gudluck la semua yang nak ambik final exam skang. Belajorla sungguh-sungguh ye.






Caucincau.

"What was erased was the fragrance of memories.
 What was seen was the scar of hatred.
 What echoed was the footsteps from the past."
Friday, 1 November 2013 0 rungutan

Tragedi

Assalamualaikum kepada diri sendiri dan blog ini.

Sekian lama tak menjengah. Sibuk benor memanjang tapi takda la sibuk beno pun. Cuma malas nak bukak.

Cuti midsem dah mula. Aku sorang je yang tercegat kat UTM nih. Nasib baik Arif dengan Roy ade teman aku kat sini. Bukan tak nak balik tapi memang tak boleh balik. Fulus tak cukup. Baki duit scholarship dah sikit lepas bayar yuran yang teramat mahal. Saving nak pegi Jepun nanti. Lagipun raya Haji haritu dah balik. Cukupla dah balik sekali haritu. Kesian mak ayah aku lepas tragedi yang menimpa raya haritu.

Raya haji kedua haritu kami satu femili pergi kenduri kat Taiping. Otw nak balik singgah jap Changkat Jering beli barang basah. Selesai beli ayah aku masukkan barang kat belakang mpv tu. Dia pakai baju batik so baju dia mestila tuck out kan. Dia masukkan dompet dia dalam poket seluar belakang tu mungkin tak sedar dia terseluk sekali baju tu. Selesai terus bertolak ke Kuala Kangsar nak solat Asar.

Wednesday, 11 September 2013 0 rungutan

Azam Baru 2013/2014

Salam 20 sen. Maka telah dua hari bermulanya kehidupan aku sebagai mahasiswa tahun tiga. Kejap sangat rasanya cuti, kejap sangat rasanya dah genap aku habis dua tahun kat JB nih. Rasa macam semalam baru aku mendaftar masuk kat universiti ni.

Insya-Allah akan ditanam azam baru untuk semester kelima nih. Walaupun result final exam tahun lepas,,,,, kira ok alhamdulillah la bagi aku... harapnya tahun baru nih naik lagi lah. Amin. Ada jugak niat nak repeat. Fluid Mechanics. Tapi entahla. Tengokla dulu.

Apepun sebnonye aku dah buntu idea nak tulis apa kat blog. Padahal seseronok sesuka aja aku buat mende alah nih. oklah aku nak intro sikit je bilik baru aku kat blog nih. Haha.

Selamat Datang ke MA1 3-04 KTDI UTM




Patung Panda pemberian Panda masa berthdey aku

Bilik lelaki memang bersepah. Maap ye.

Nak tunjuk jugak bilik air


Aku duduk sorang-sorang nih pun ade jugak berteman. Dua ekor hamster jantan jenis Roborovski. Takmau ambik sepasang karang beranak susah. Aku bela nih saje seronok-seronok, buat ikhsan sikit kat makhluk Allah SWT yang bernama haiwan nih. Walaupun dua-dua jantan, deme nih jenis tak gaduh. Ikut yang aku pernah baca, Roborovski nih hamster jenis yang suka bersosial, tak boleh sendiri-sendiri. Karang dia murung. Ye ke?



atas Bimbi, bawah Bonni. Arif yang bagi nama. tanggal 10.9.2013 hari jadi deme.
Walaupun duduk sorang-sorang nih seronok, tapi taktaula rasanya hati nih macam ade je yang kureng sikit. Resah dan macam sedih. Entah nape. Tapi dua ekor baby aku nih yang jadi penyeri bilik aku nih. Selalu buat aku gelak sebab aktif sangat, geli hati tengok telatah deme.

Caucincau.

"What will you find is the price of your kindness.
What will fall is the labyrinth into sadness.
What will consumed is the feeling of hatred."



Sunday, 25 August 2013 0 rungutan

Sokushinbutsu (即身仏)

Rasenye tetiba pulakla nak kongsi satu info ni lepas layan anime semalam. Dalam cerita tu ada bagitau pasal satu praktisi yang pernah dibuat oleh penganut agama Buddha di Jepun bermula pada 1000 tahun lampau. Tapi sekarang dah diharamkan kerajaaan Jepun. Macam tajuk di atas tu, sokushinbutsu adalah sami-sami Buddha di Jepun yang memumiakan diri deme sendiri ketika bertapa di dalam kubur batu selama 1000 hari. Rasa macam menarik je, aku pun tetiba rajin nak google. Apepun aku letak jela artikel sebenornye kat sini, yang aku dah google translatekan.


Wednesday, 7 August 2013 0 rungutan

Aidilfiri Menjelma Kembali

Alhamdulillah.. Kenyang.. Kali terakhir berbuka puasa bulan Ramadhan menandakan berakhirnya bulan mulia yang penuh barokah bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Dan bermakna juga cukup sebulan berpuasa dengan jayanya, dan secara rasminya kita telah menjengah ke dalam bulan Syawal. Corong radio dan televisyen sudah mula bergema dengan takbir raya, tak ketinggalan jugak dentuman bunga-bunga api di sekitar kawasan perumahan ni.

Apa pun Alhamdulillah lah aku rasa bulan Ramadhan kali ini aku rasa lebih baik dari yang lepas. Namun diharaplah sempat untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang, dan semoga ianya semakin lebih baik dari yang lepas-lepas.

Okehla, cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam, maaf zahir dan batin. Minta halalkan apa yang terdiambil, lupakan salah sengketa sesama yang lain, maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Semoga hubungan kita sesama manusia semakin dieratkan dalam bulan kejayaan ini.

Sumber : iluvislam.com
P/s : Haha.. memang blog ni tak ade sangat orang singgah, sebab aku tak pernah pun sibuk nak promote blog sendiri. Sesape yang tersinggah, silakan je menjenguk.

"What arrived was the shade of the setting sun.
What wandered in was the darkness of time.
What met were the gaps between the past and future."
Saturday, 3 August 2013 0 rungutan

AES!!!

Oh, AES! Kau memang tak guna. Kau memang jahanam. Sebab kau la aku kene bagi kerajaan 300 hengget free2 aje. Aku bukannya bekerja pun. Tak ada gaji, apatah lagi elaun. Aku tengah belajar. Semua bergantung pada duit scholarship aku. 300 banyak tu! Boleh buat beli makan untuk dua bulan lebih. Takkan nak suruh mak ayah aku bayar kot. Deme kerja, gaji pun ada cukai nak bayar kat kerajaan. Dahla duit yang dapat tu pi pulak share kat syarikat yang buat kamera tu. Kalau guna untuk tolong orang susah takpe jugak. Ni yang aku mula nak salahkan orang lain nih.

Nak cakap salah sendiri, dalam surat yang tak sampai seminggu lepas aku buat kesalahan tu, katanya gagal mematuhi lampu merah. Padahal masa aku nak lepas lampu isyarat tu, baru masuk lampu kuning. Apa cer?! Lokasi kat kawasan lampu trafik nak masuk ke pekan Sungai Siput, masa tu aku nak hantar adik aku balik ke kolej dia kat Kuala Kangsar. Mak aku pernah cakap yang dia ada nampak kamera AES tangkap gambar kereta yang potong lampu kuning. Sekarang aku yang jadi mangsa. Mana adil! Dalam surat kata lampu merah! Sumpah kerajaan sekarang ni suka makan duit rakyat. Ingat semua rakyat Malaysia ni kaya-raya ke? Kata rakyat didahulukan. Haprak lah!

Patutla ramai yang tak suka kerajaan sekarang ni. Nak kata kawan-kawan yang sebaya dengan aku jarang sangat yang dengar sokong gila-gila kerajaan. Yang mak bapak deme sokong kerajaan pun, kawan aku boleh bangkang. Sape yang gatal sangat tangan tu pilih kerajaan sekarang? Nah kome pun jadi mangsa sekali. Oh lupa yang sokong tu mestila yang kaya-raya, saman nak dibayar tu hal kecik je ye idak??

Hishh geram nih geram!! Habis pahala pose aku!

Caucincau.

"The footsteps are the whispers from the past.
The reality can be seen in the fog.
What can be heard is the forgiveness for you."

Tuesday, 16 July 2013 1 rungutan

Mimpi di bulan Ramadhan

Sudah cukup seminggu seluruh umat Islam di dunia ini berpuasa di bulan Ramadhan. Tak sangka, sangat cepat masa berlalu. Namun dalam seminggu puasa ni, ada tiga buah mimpi yang aku ingat sangat. Tak taulah kenapa, tapi taklah ganjil pun. Cuma rasa tertanya, apa motifnya aku mimpi macam tu..


Sunday, 7 July 2013 0 rungutan

Cuti-cuti

Dulu dah pernah jelajah satu Perak dengan member-member. Dah masuk cuti akhir sem pulak dah takde pelan. Tapi ada sorang member ajak aku join program macam festival kebudayaan kat sana, jadi macam ajk protokol. Dia boleh ajak aku sebab dia ada link dengan orang dalam program tu. 5 hari je. Tapi dua minggu jugak merasa duduk Rompin. Tinggal kat kawasan kampung tapi bukan homestay, tak ada internet. Kampung tu jugak bukan rumah member aku tu. Cuma sewa je.

Yang terasa rugi sangatnya, tak ada gambar kat sana. Henset kesayangan aku tu ada prob, jadi aku hantor kat centre untuk repair. Jadi bawak je nokia ala-ala 3310 tu. Kamera pun tak ada. Rasa rugi sangat pulak.

Saturday, 15 June 2013 0 rungutan

The End of Semester 4

Ohh... bila cakap pasal the end of semester nih, hati nih rase sayu yang teramat. Padahal belum lagi grad. Bukan ape, teringat mase hari last2 semester dua dulu, mase nak pergi Indonesia sebab ada program. Tengok blok yang riuh-rendah dulunya dengan suara member-member jadi sepi aje. Aku kene stay kejap je dulu kat u sebelum gerak ke seberang. Ada kerja yang nak disetelkan. Orang terakhir yang bersama-sama dengan aku waktu tu, Panda dengan Khai, ex-roomate aku.

Sekarang pun aku gatai lagi duduk kat u, padahal member lain semua dah balik. Huhu iya memang sayu je rasanya tengok bilik member kosong-kosong belaka. Insya-Allah besok malam aku gerak balik Perak. Ape-apepun, end of semester nih mesti la diakhiri dengan something yang best-best kan? Jadi malam habis paper last themo kk tu, aku keluar lepak dengan kawan aku kat Angsana main boling kejap, pastu tengok movie citer Fast and Furious 6. Okla jugak. Bebudak member sekelas pulak buat BBQ. Malas aku nak join.


Thursday, 30 May 2013 0 rungutan

Repost : Alahai Cikgu Ku...

Hmmm bukanlah niat nak kutuk ke, ape ke.. Aku saje nak mencorat-coret sikit satu dialog yang pernah berlaku dalam kelas aku masa form 5 dulu. Tak habis-habis citer pasal masa sekolah dulu heh.. Takpe la, suka hati aku la.. lagipun blog aku kan..

Haha ntah macam mana aku boleh ingat dialog nih. Macam besa, kan aku dah cakap dalam entri lepas, aku nih besa menulis balik dialog-dialog lawak antara member-member aku tanpa pengetahuan deme.. Sajenak buat kenang-kenangan. Jadi, sebelum tulis, macam besa aku nak mintak izin dulu kat insan-insan yang terlibat nih. Wallahualam la kalau kome tau ke tak. Maafle kalau ada yg terbaca ni terguris hati atau terkesan.. Sekadar untuk berkongsi aje.


Monday, 27 May 2013 0 rungutan

願い (negai - Wish)

Alhamdulillah... Dapat jugak akhirnya.. Tak sia-sia aku duduk depan laptop sejam awal seblom pkul 10 pagi semata-mata nak tunggu mase permohonan kolej kediaman dibukak. Dapat jugak yang aku inginkan. Haha.


Memang kene standby awal-awal kalo nak dapat kuota kolej yang disukai. Lagipun kat kolej kediaman yang aku duduk sekarang nih, dah agak susah sikit nak dapat, tambah-tambah lagi bila dengor cerite yang budak-budak Kolej Tun Ghafar Baba (KTGB) akan dihalau sebab kolej tu akan digunakan untuk kegunaan orang luar, or in other words ia akan disewakan. Of course my chance would be at stake because dah tentu deme2 ni akan lari ke kolej lain. Dulu kolej aku Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) tak ramai yang mohon. Tu la akibatnya. Orang lain yang kene tanggung.

Okehla, yang ni baru betul-betul namanya ade privacy. Duduk sorang-sorang, ade bilik air lagi tu. Yuran pon naik la. haha. Alah naik 200 je pun. Better aku ambik ni dari ambik bilik single takde bilik air. Muahaha.

Baru je dua minit aku isi, aku gerak rumate aku soh dia isi jugak. Dang~~~ bilik single dgn bilik single yang ade bilik air dah penuh! Cepat gila! Nasib baik aku sempat. Haha.

Ape-apepun alhamdulillah boleh lagi stay kat KTDI untuk tahun yang ke-3.

Caucincau.

"Regrets which you cannot end.
A story with no apologies.
My other self is carved into that."
Sunday, 26 May 2013 0 rungutan

Final exam datang lagiiii...

Okeh sekarang dah mula masuk study week. Bermakna saat-saat untuk peperiksaan akhir semester sudah tiba. Saat ini le yang aku agak paling tak suka sebab macam biase aku kene berulang-alik setiap hari dari bilik ke library. Sumpah rase dah tak larat. Bukan tak nak stadi kat bilik, tapi banyak sangat distraction nye. Susah untuk aku duduk kat bilik. Namun apakan daya, dah nama pun duduk U, memang kene camtu la kalo nak berjaya, grad on time. Ok. Dah tak nak cakap banyak. Cuma nak ucapkan aje, semoga berjaya buat semua teman-teman yang bersama-sama menghadapi final exam. Ijtihad wannajah, jangan tinggal solat, banyakkan doa. Solat hajat banyak-banyak, agar dimudahkan segala urusan dan perjalanan. Insya-Allah.. Sama-sama la kita ye.

Sumber : 4to40

Ok. Daa~

Caucincau.

"It is your heart that is trembling...
It is the dark shadows that attract you...
It is my fake self that will chill to the bone..."

Monday, 6 May 2013 0 rungutan

Politik oh politik...

Sebut aje pasal politik, kalau dulu, aku cukup tak berkenan nak ambik tau. Sebab seperti mane yang kite tau, kerajaan sekarang amat korup. Rasuah sana sini, makan duit rakyat masuk poket sendiri, video lucah bagai dan macam-macamlah. Semuanya timbul semasa negara kita dalam pemerintahan kerajaan sekarang. Tapi nak dekat PRU-13 nih tetiba pulak aku amat berminat nak kesah. Ya, sebab sekarang makin ramai rakyat yang sedar akan kekorupan kerajaan sekarang, dan mahukan perubahan segera.


Sunday, 14 April 2013 0 rungutan

Mereka sudah membesar... II

Ok. Satu-satunya entri sepanjang cuti midsem ni. Takde bahan. Bahan ini pun jadi la.

Tengok balik tajuk entri, entri ini merupakan trikuel (entah betul ke tak aku eja nih) kepada entri Mereka sudah membesar... entri keluaran bulan Februari dulu. Kini tujuh ekor arnab yang lahir bulan dua haritu, semuanya membesar dengat sihat walafiatnya, atas jagaan ayah aku.

Wah, comelnya deme ni?

Cokelet saje duduk depan pintu tak bagi anak2nye keluar rumah

Chezz (black white) dgn cucu2nye,  tak ketinggalan si Guinea Pig tu.


Wednesday, 3 April 2013 0 rungutan

Test... Lagi-lagi test...

"Asal telefon rumah je, mesti ade pekse. Banyak betul pekse abang ye. Tak penat ke? Bizi memanjang je." Tu la yang adik aku slalu cakap kat aku bila aku telefon ke rumah, atau waktu aku balik rumah. Almaklumlah hidup kat universiti memang cenggitu. Exam memanjang. Nak buat camne.

Dan sekarang dah masuk era gelombang Test 1 bagi mahasiswa-mahasiswi di Malaysia nih. Dan sekarang exam mode already activated. Hahaha. Bagi budak-budak kos aku, semester dua tahun dua nih la semester yang paling tough sepanjang empat tahun belajar. Member-member banyak dah bising kate down giler sebab tak faham solution soalan itu ini. Lepas tu kate "Tolong aku weh aku tak stadi ape-ape lagi ni." Tak kurang jugak yang kate, "Habisla aku kali nih, aku rase aku banyak main-main sem ni. Tak stadi ape pun. Memang jatuh terok aku sem ni." Selalu cakap macam tu tapi nanti result keluar gedabak hebat. Geram jugak aku dibuatnya. Hihi.

Sumber : wikispaces.com

Saturday, 23 March 2013 0 rungutan

Earth Hour

Sumber : Wikipedia

Semalam kan Earth hour. Semalam jugak ade la aku dengan beberapa member sambung membuat cucor lemak manis tu lagi. Dahla periuk nasik tu pakai letrek. Tengah syok menggoreng tetiba semua lampu terpadam secara otomatiknya. Bukan bilik aku je, satu UTM dipadamkan letrek. Tak masakla cucor kami.

Tapi lawaknya, sebaik je lampu terpadam, henset aku berdering. Member aku. Dia cakap dia terperangkap dalam lif. Habis kecoh satu wing asrama aku tu. Ikmal siap telepon pejabat yang handle lif tu. Orang pejabat tu cakap kene jumpa felo atau pengetua kolej sebab deme yang handle suis letrek tu. Aku dengan sorang member budak Gas, Taufiq namanye, dah naik moto, dah nak gerak pegi rumah Pengetua dah. Baru je 50m gerak, lampu nyala balik.


0 rungutan

Cucor lemak manis berkrim

Sape kate lelaki tak reti masak? Hihi..

Nah, ni ha cucor lemak manis buatan tangan aku sendiri. Dimanfaatkan periuk nasik yang aku beli haritu nak buat cucor ni. Bancuh sendiri je tepung tu. Goreng pun sendiri.

Bancuh sikit je sebab baru nak mencuba. Kot tak jadi.

Proses menggoreng dalam periuk nasik

Seriess sedap. Tak tipu.

Buat cicahan. Mentega+gula. Makan gitu-gitu je pun dah sedap sebenonye.
Hakhak aku buat, aku makan, member-member tumpang sekaki. Semalam ade buat lagi, tapi banyak sikit la. Sebab ade la dalam 4 orang yang join. Credit to Arif, aku ajor dia bancuh dan goreng cucor tu. Tapi mase kami buat cucor  tu ade la scene yang agak lawak. Nanti aku ceritakan dalam next entry.

Caucincau.
0 rungutan

Koje gile

Lama jugak la tak sentuh blog nih. Baru nak buat entri baru. Kameh lepas aku, Roy, Panda, Arip, Atres, Naza dan Sapik, plan buat koje gile. Kami buat BBQ, kat belakang bilik si Panda, tak mintak kebenaran kat felo kolej dia pun. Biasela perangai laki-laki bujang macam kami nih. Suka buat koje haram.

Kami pilih spot kat belakang bilik Panda sebab nampak cambest, agak sesuai dan sangat strategik untuk BBQ. Kate beliau, "Alah, KTR (Kolej Tun Razak), sape kesah nak buat apa pun. Pengetua pun sempoi. Macam-macam boleh buat". Dan belakang bilik beliau sangat luas, boleh kate buat gelanggang futsal memang cun.

Sebenornye kami dah plan pun dalam sebulan sebelum tu, dan memang betul-betul nak bagi jadi. Tapi Alhamdulillah la takde banyak halangan pun kami nak buat event nih. Walaupun ade la jugak felo datang serbu, tapi takle dia halang pun. Cuma tengok, dan cakap, "Nanti dah habis, kemas elok2 ye". Haha kalo kolej kediaman aku, dah lama kene halau balik. Cissss.

Ayam yang diperam oleh aku dan Roy. 3 ekor habaq hang!

Wednesday, 13 March 2013 0 rungutan

Petronas Mangrove Planting Program

Aku ade join event nih Ahad yang baru-baru nih, 10 Mac yang lalu. Program nih diheboh-hebohkan dalam grup fesbuk bebudak BIOSS jadi tak ramai yang join. Had cuma 40 orang je. Ape lagi aku ambik kesempatan join. Arif, Naza pun join jugak. Atras mula-mula nak join tapi tak jadi sebab beliau kena balik rumah. Senior kami 3rd year yang ramai folo.

Sebelum pergi, kami kena berkumpul di Fakulti Alam Bina pukul 8.00 pagi. Masa berkumpul tu ade pulak budak-budak Fakulti Sains join sekali. Budak Sains Fizik 1st year. Aku ingat budak-budak BIOSS je. Haha takpelah, lagi meriah. Dalam pukul 9.00 pagi dua buah bas bertolak ke Taman Negara Johor Tanjung Piai, Johor yang mane tempat ni dikenali sebagai 'The Most Southern Tip of Asia'.

Mercu tanda Taman Negara Johor Tanjung Piai


Friday, 8 March 2013 0 rungutan

Moist Chocolate Cake... Mooooiiissssttttt

Inilah dia hasil kerja tangan orang jantan kan hehe.

our most Moist Coklet Kek

Friday, 1 March 2013 3 rungutan

Periuk nasik baru

Takde koje. Bende camnih pun nak cerita.

Baru kejap tadi aku pegi Jusco Taman Universiti beli periuk nasik nih. Asalnye nak isi minyak je tapi alang-alang dah dekat sangat stesen minyak tu, aku singgah terus. Dan terbelilah aku periuk nasik nih haha.





Monday, 25 February 2013 0 rungutan

tamat sudah...

Alhamdulillah, tamat sudah dengan jayanya event UTM Berselawat semalam. Terasa agak ralat jugak sebab ada sikit part yang aku tak pegi atas sebab yang aku dah ceritakan kat entri sebelum nih. Tapi hampir keseluruhan perjalanan event aku dapat join. Ada la sikit-sikit gambor-gambor yang aku tangkap dari jauh je sebab tak dapat tempat punya pasal. Sape suruh datang lambat. Haha.

Bro Shah Kirit

Imam Muda Asyraf

Ustaz Don Daniyal

Saturday, 23 February 2013 0 rungutan

UTM Berselawat

Assalamualaikum.. Haha baru harinih eventnya, baru harinih aku nak buat entri pasal nih. Apepun, yang dekat-dekat sini mari le join.




UTM Berselawat ini diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, Johor Bahru. Bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Masuk adalah percuma.

Tentatif program
Sebelah pagi aku tak dapat nak join sangat. Tengok sikit-sikit je bahagian forum selebriti. Sebab nak pergi servis motor dah lama tak tukar minyak hitam, bateri pun nak habis. Tambah lagi hari ni hari Ahad. Semalam aku lupa nak pergi. Haha.

Apa-apa pun jom meriahkan lagi majlis :)

Caucincau.


Thursday, 21 February 2013

BB1M

Alhamdulillah.. Baru pagi tadi berkesempatan nak ambik baucar buku kat pejabat fakulti. Nak pergi semalam, ramai sangat. Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan yang memerintah negara kita sekarang ini kerana amat prihatin kepada mahasiswa-mahasiswi seperti kami ini yang kesempitan wang untuk membeli buku-buku untuk kegunaan akademik. Terima kasih banyak-banyak sebab memberikan baucar buku 1Malaysia kepada kami untuk membeli barang-barang keperluan akademik yang agak mahal sekarang ini. Terima kasih sekali lagi walaupun dulu ada soal-selidik yang bertanya "Adakah anda berpuas hati dengan kerajaan pemerintah sekarang?" dan aku menjawabnya, "Tidak".

Betul, walaupun aku tak beberapa berkenan sangat dengan cara kerajaan sekarang memerintah, tapi dah orang nak bagi, ambik je. Tak perlulah nak dijadikan bahan untuk dipertikaikan. Mesti ramai yang berkata, "Kalau kau tak suka kerajaan sekarang, kenapa kau ambik baucar tu?". Jawapan aku senang je. Rezeki jangan ditolak. Tak baik.


Bau pun macam bau duit.
Pensyarah aku kata, kalau dia dapat baucar tu, dia tukar jadi duit. Haha, aku pun kalau boleh nak buat macam tu jugak, tapi syarat ke-2 baucar tersebut ialah "Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai". Takpelah, aku guna je sebaik mungkin.

Terima kasih.

Caucincau.
Sunday, 17 February 2013

Mereka sudah membesar...

Entri ini sekuelnya kepada entri terberanaknya... yang pernah aku post dulu. Inilah anak-anak si Cokelet yang dah berumur dalam dua minggu lebih.

Paling aktif. Dah pandai melompat keluar kotak.




Macam yang aku cakap dulu, mereka ni sangat-sangat comel apabila dah tumbuh bulu dan membuka mata. Tak macam mula-mula lahir dulu.

Comel kan? Haha bagi aku memang comel.

Caucincau.

Bermulanya sebuah perjalanan

Tajuk punya gempak. Tapi tak ada pun yang gempak sangat. Menulisnya aku di sini adalah sekadar untuk menceritakan mukadimah kehidupan baru di tempat aku belajar untuk semester 4 ataupun semester 2 tahun ke-2 nih. Permulaan yang agak kurang memberangsangkan. Kelas hari pertama aku dah ponteng. Sebab aku balik ke Johor nih pada hari yang kelas untuk pertama kalinya pada semester baru nih. Sampai JB dah maghrib. Esoknya pun ada kelas, ponteng jugak sebab hujan. Kelas 1st tak payah pergi lah pun takpe, sekadar ta'aruf dan muqaddimah bagi subjek baru yang aku akan belajar untuk semester nih. Hari Jumaat pulak satu kelas je. Dahla ada sebelas orang je dalam seksyen tu. Tapi lagi sikit lagi best. Takla segan aku nak bertanya. Almaklumlah aku ni kan pemalu orangnya. Konon. Yang bestnya bermula hari Sabtu nih.

Planning dengan member dah dari semester lepas, minggu pertama naik cuti nak berjalan puas-puas kat Johor nih. Dipendekkan cerita, memang menjadilah plan kami. Kereta dapat. Survey pun dah buat. Cuma kurang sikit penyertaan. Asal nak pergi dalam lima orang, tapi dua orang lagi tak dapat join. Jadi cuma aku, Atras dan Arif je yang pergi. Tiga orang pun best jugak. Tak banyak kerenah.

Monday, 11 February 2013

Keluarga adalah segalanya

Adik-beradik keluarga belah mak aku selalu buat Family Day, asal je kalau ada cuti. Tak kira la cuti apa, tapi selalunya cuti-cuti sekolah yang panjang. Sebab yang jadi kepala event nih selalunya Mak Lang aku, iaitu kakak mak aku. Mak Lang aku nih ustazah kat sekolah menengah area Sekinchan, Selangor. Jadi kalau dah namanya cikgu, waktu sesuai untuk holiday mesti la cuti sekolah. Tambah lagi sepupu-sepapat aku yang sekolah lagi masih ramai. Yang dah besor panjang bekerja ada la ramai jugak, tapi deme boleh ambik cuti. Yang tengah belajor kat U macam aku ade la beberapa kerat je. Jadi selalu jugakla aku termiss event ukhuwah macam nih, sebab cuti U tak sama dengan cuti sekolah kan. Mana boleh ponteng kuliah sesuka hati. Maunya ditahan ambik final exam, sia-sia je aku punya uneventful life kat JB.

Baru-baru ni, deme buat kat Cameron Highland. Semua ada, kecuali aku, sepupu yang tengah belajor kat Aussie, dengan keluarga Mak Long. Deme semua duduk serumah kat rumah homestay, duduk ramai-ramai, buat aktiviti yang biasanya untuk family daylah, baca tahlil untuk arwah Tok Wan dengan Atuk sekali. Dengor pun sangat best, ralat sekali rasanya tak dapat join. Masa deme buat kat Penang dulu pun aku tak dapat join jugak. Event family besar-besaran kat rumah pak cik saudara aku pun tak dapat join sebab masa tu aku kat Indonesia.

Saturday, 2 February 2013 0 rungutan

terberanaknya...

Assalamualaikum.

Dah seminggu kot umor deme nih, lambat nak heboh punye pasal. Lapan ekor semua. Lahir pada tanggal 29 Januari 2013. Nak total dengan semua arnab lain yang aku bela, semua dalam 20 ekor. Yang kecik nih tak tau la nasibnya, sebab deme nih sangat-sangat vulnerable dengan macam-macam penyakit. Mungkin yang survive sampai betul-betul dewasa cuma 5 ekor je, dalam jangkaan. Wallahualam, ajal maut di tangan Allah SWT. Tapi selalunya semua selamat besor.


btw, ni gambo deme mase hari 1st lahir

Saturday, 19 January 2013 0 rungutan

Semester 3の 最後の日

Sekian lama tak sentuh blog nih. Dah agak duduk rumah memang otomatik jadi malas. Nak buat ape-ape pun malas. Dulu plan habis exam nak jugakle update, tapi tu la, habis pekse, memang habis pekse. Merdeka sungguh. Sampai lupe nak banyakkan entri. Dah berape hari nih start cuti. Masa untuk menggemukkan diri yang dah sedia gemuk nih.

Cakap pasal dah habis final exam nih. Memang tak terkate seronoknye sebab tak payah pegi PSZ dah, tak payah juling mate tengok ayat-ayat haloi dalam buku-buku tebal tu sampai berpinor mate, boleh download game, movie, dengan anime bebanyak alang-alang line cable internet kolej laju kipas-susah-mati kadang-kadang, dan macam-macam lagi le sape yang tau rase merdeka dari ape-ape final exam. Hari habis tu memang rilek saje. Esoknye baru plan dengan member keluar bertebaran sekitar JB hehehhh..

Esoknye pegi kat Jusco Bukit Indah (first time pegi walaupun nk dua taon duduk JB nih, padahal dekat je dengan U), plannye nak tengok cerite Hobbit 3D punye skali tak disiarkan haritu. Frust jugakla. Dahla sesat nak cari JJBI tu je. Last2 teros pegi gerak ke Jusco Tebrau. Boring giler pegi shopping complex aje semata-mata tengok wayang tapi tak salahla pun, dah lame tak tengok wayang (sebab aku tak berkenan sangat pun).


Wednesday, 2 January 2013

歪み (Disturbance)

Fine. Ini baru betul namanya saman.

Sangat cantik surat ini.

Dulu kene pedajal. Sekarang betul-betul dah kena saman. Padan muka. Hah! Tak pulak mengharap pun. Ingat letak motor jauh-jauh sikit dari PSZ takde la kene pedajal lagi. Sekali saman pulak yang datang.

 
;