Wednesday, 11 September 2013

Azam Baru 2013/2014

Salam 20 sen. Maka telah dua hari bermulanya kehidupan aku sebagai mahasiswa tahun tiga. Kejap sangat rasanya cuti, kejap sangat rasanya dah genap aku habis dua tahun kat JB nih. Rasa macam semalam baru aku mendaftar masuk kat universiti ni.

Insya-Allah akan ditanam azam baru untuk semester kelima nih. Walaupun result final exam tahun lepas,,,,, kira ok alhamdulillah la bagi aku... harapnya tahun baru nih naik lagi lah. Amin. Ada jugak niat nak repeat. Fluid Mechanics. Tapi entahla. Tengokla dulu.

Apepun sebnonye aku dah buntu idea nak tulis apa kat blog. Padahal seseronok sesuka aja aku buat mende alah nih. oklah aku nak intro sikit je bilik baru aku kat blog nih. Haha.

Selamat Datang ke MA1 3-04 KTDI UTM




Patung Panda pemberian Panda masa berthdey aku

Bilik lelaki memang bersepah. Maap ye.

Nak tunjuk jugak bilik air


Aku duduk sorang-sorang nih pun ade jugak berteman. Dua ekor hamster jantan jenis Roborovski. Takmau ambik sepasang karang beranak susah. Aku bela nih saje seronok-seronok, buat ikhsan sikit kat makhluk Allah SWT yang bernama haiwan nih. Walaupun dua-dua jantan, deme nih jenis tak gaduh. Ikut yang aku pernah baca, Roborovski nih hamster jenis yang suka bersosial, tak boleh sendiri-sendiri. Karang dia murung. Ye ke?



atas Bimbi, bawah Bonni. Arif yang bagi nama. tanggal 10.9.2013 hari jadi deme.
Walaupun duduk sorang-sorang nih seronok, tapi taktaula rasanya hati nih macam ade je yang kureng sikit. Resah dan macam sedih. Entah nape. Tapi dua ekor baby aku nih yang jadi penyeri bilik aku nih. Selalu buat aku gelak sebab aktif sangat, geli hati tengok telatah deme.

Caucincau.

"What will you find is the price of your kindness.
What will fall is the labyrinth into sadness.
What will consumed is the feeling of hatred."



0 rungutan:

Post a Comment

 
;