Oh, AES! Kau memang tak guna. Kau memang jahanam. Sebab kau la aku kene bagi kerajaan 300 hengget free2 aje. Aku bukannya bekerja pun. Tak ada gaji, apatah lagi elaun. Aku tengah belajar. Semua bergantung pada duit scholarship aku. 300 banyak tu! Boleh buat beli makan untuk dua bulan lebih. Takkan nak suruh mak ayah aku bayar kot. Deme kerja, gaji pun ada cukai nak bayar kat kerajaan. Dahla duit yang dapat tu pi pulak share kat syarikat yang buat kamera tu. Kalau guna untuk tolong orang susah takpe jugak. Ni yang aku mula nak salahkan orang lain nih.
Nak cakap salah sendiri, dalam surat yang tak sampai seminggu lepas aku buat kesalahan tu, katanya gagal mematuhi lampu merah. Padahal masa aku nak lepas lampu isyarat tu, baru masuk lampu kuning. Apa cer?! Lokasi kat kawasan lampu trafik nak masuk ke pekan Sungai Siput, masa tu aku nak hantar adik aku balik ke kolej dia kat Kuala Kangsar. Mak aku pernah cakap yang dia ada nampak kamera AES tangkap gambar kereta yang potong lampu kuning. Sekarang aku yang jadi mangsa. Mana adil! Dalam surat kata lampu merah! Sumpah kerajaan sekarang ni suka makan duit rakyat. Ingat semua rakyat Malaysia ni kaya-raya ke? Kata rakyat didahulukan. Haprak lah!
Patutla ramai yang tak suka kerajaan sekarang ni. Nak kata kawan-kawan yang sebaya dengan aku jarang sangat yang dengar sokong gila-gila kerajaan. Yang mak bapak deme sokong kerajaan pun, kawan aku boleh bangkang. Sape yang gatal sangat tangan tu pilih kerajaan sekarang? Nah kome pun jadi mangsa sekali. Oh lupa yang sokong tu mestila yang kaya-raya, saman nak dibayar tu hal kecik je ye idak??
Hishh geram nih geram!! Habis pahala pose aku!
Caucincau.
"The footsteps are the whispers from the past.
The reality can be seen in the fog.
What can be heard is the forgiveness for you."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rungutan:
Post a Comment