Sunday, 17 February 2013

Bermulanya sebuah perjalanan

Tajuk punya gempak. Tapi tak ada pun yang gempak sangat. Menulisnya aku di sini adalah sekadar untuk menceritakan mukadimah kehidupan baru di tempat aku belajar untuk semester 4 ataupun semester 2 tahun ke-2 nih. Permulaan yang agak kurang memberangsangkan. Kelas hari pertama aku dah ponteng. Sebab aku balik ke Johor nih pada hari yang kelas untuk pertama kalinya pada semester baru nih. Sampai JB dah maghrib. Esoknya pun ada kelas, ponteng jugak sebab hujan. Kelas 1st tak payah pergi lah pun takpe, sekadar ta'aruf dan muqaddimah bagi subjek baru yang aku akan belajar untuk semester nih. Hari Jumaat pulak satu kelas je. Dahla ada sebelas orang je dalam seksyen tu. Tapi lagi sikit lagi best. Takla segan aku nak bertanya. Almaklumlah aku ni kan pemalu orangnya. Konon. Yang bestnya bermula hari Sabtu nih.

Planning dengan member dah dari semester lepas, minggu pertama naik cuti nak berjalan puas-puas kat Johor nih. Dipendekkan cerita, memang menjadilah plan kami. Kereta dapat. Survey pun dah buat. Cuma kurang sikit penyertaan. Asal nak pergi dalam lima orang, tapi dua orang lagi tak dapat join. Jadi cuma aku, Atras dan Arif je yang pergi. Tiga orang pun best jugak. Tak banyak kerenah.

Dalam plan macam-macam tempat kami nak pergi. Antaranya Desaru Damai tempat mandi laut tu, Sungai Lebam, Ladang Burung Unta Tanjung Sengat, Muzium Nenas, Dusun Buah-Buahan Kota Tinggi, Muzium Layang-layang, Muzium Bandar Johor Lama, dan apa lagi entah aku tak ingat. Kebanyakannya terletak kat kawasan Kota Tinggi. Tapi dalam banyak-banyak tu satu pun tak pergi. Sebab penukaran plan di saat-saat akhir. Cadangan untuk pergi ke Pontian. Akhirnya kami pergi ke Hutan Lipur Gunung Pulai di Pontian.

Ini mereka. Arif (kiri) dan Atras (kanan).

Kereta tak boleh bawak masuk sampai atas. Terpaksa jalan kaki.


Layan broadband dalam hutan.

Arif seronok bermain jirus air kat kaki. Mandi tak nak.


Ini mereka lagi.

Lagi-lagi mereka.

Kali pertama aku sampai ke daerah Pontian. Sesampainya di hutan lipur tersebut, kami terpaksa berjalan kaki naik gunung tu. Lebih kurang macam hiking tapi atas jalan tar je. Jauh jugak la perjalanannya. Sampai kat spot untuk beriadah, tak ada seorang manusia pun kat situ. Aneh jugak. Jam dah pukul 10 pagi. Matahari dah terpacak atas kepala. Atras ada cakap beliau ternampak signboard kat pintu gerbang Gunung Pulai tu yang tempai mandi nih ditutup sebab ape tah. Takkan la betul-betul tutup sebab takda papan tanda larangan pun untuk bermandi-manda. Kemudian aku nampak seorang auntie yang agak berumur, berbangsa Cina sedang melepaskan lelah di kawasan terbuka berdekatan tempat kami berdiri. Aku menghampirinya dan bertanya :

Aku  :  Tumpang tanya auntie, tempat nih boleh mandi-manda tak? Kenapa tak ada orang di sini?
Auntie  :  Boleh. Cuma sini tak ada orang sebab banyak orang berkelah kat kawasan atas lagi. Di atas airnya lebih bersih.
Aku  :  Ooo, saya ingat tempat ini betul-betul tutup. Haha. Kenapa tak boleh bawak kenderaan masuk?
Auntie  :  Kereta motor dia tak bagi masuk sebab nanti cause air pollution. Kebanyakan orang masuk sini untuk jogging dengan cycling saja.
Aku  : Oh.. Haha. Kat mana jalan boleh pergi naik atas sana?
Auntie  :  Kamu boleh ikut tepi sungai itu sudah ada jalan naik atas. Kat atas lagi ramai orang.
Aku  :  Oo. Ok2. Thank you auntie. Auntie tak mandi ke?
Auntie  :  Oh tak. Saya berehat sekejap, baru lepas jogging.
Aku  :  Ooo. Ok2 kami pergi dulu ya auntie. Thank you very much.
Auntie  :  Ok, welcome. Kamu dari mana?
Aku  :  Kami dari Skudai.
Auntie  :  Ooo datang dari jauh ya. haha Ok kamu pergilah mandi kat atas sana. Lagi elok.
Aku  :  Ok.

Bagus auntie nih, cakap sentiasa tersenyum je. Ramah pulak tu. Haha. Okeylah, dipendekkan cerita, kami pergilah mencari spot yang best. Kami cuma naik atas sikit je, tak dekat dengan orang ramai. Kami-kami je. Spot betul-betul kat air terjun. Macam yang ada kat gambar.

Kami mandi-mandalah kat situ dan tak lama lepas tu ada la sebuah keluarga Cina datang ke sebuah tempat tak jauh dari kami. Eloklah, takla rasanya macam kami je yang ada dalam hutan nih. Okey cadangnya untuk lepak kat situ sampai la petang. Tapi sekarang musim hujan kan. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Cheeewah. Dalam jam 12.30 tengahari hujan mula rintik-rintik. Arif mula kelam-kabut, tak boleh kene hujan. Cepat demam katanya. Susah nak jumpa lelaki macam nih kan..

Memang tak lama, dalam 2 jam lebih je kami mandi kat situ. Dalam rintik tu kami tukar baju seluar dan bergegas turun bukit pegi ke car park. Takut hujan makin lebat. Start masuk kereta, semua plan tak menjadi. Tak ada tujuan. Kami pergi ke Danga City Mall, sekadar main boling je.



Dua game jugak le kami main. Maklumla, tiga orang je yang ada. Habis main boling, takde tujuan lagi. Pergi ke Aeon Jusco Tebrau. Layan jela aku tengok Arif dengan Atras memilih-milih baju nak dibeli. Nak yang branded pulak tu. Haih. Seriessly aku cukup tak gemar pergi ke shopping mall.

Takpelah. At least memang kami keluar. Insya-Allah minggu depan keluar lagi kot. Kali ni pasti menjadi. Baik keluar awal-awal sebelum mula busy study.

Jadi inilah permulaan sebuah perjalanan bagi kami.

Caucincau.
 
;