Monday, 11 February 2013

Keluarga adalah segalanya

Adik-beradik keluarga belah mak aku selalu buat Family Day, asal je kalau ada cuti. Tak kira la cuti apa, tapi selalunya cuti-cuti sekolah yang panjang. Sebab yang jadi kepala event nih selalunya Mak Lang aku, iaitu kakak mak aku. Mak Lang aku nih ustazah kat sekolah menengah area Sekinchan, Selangor. Jadi kalau dah namanya cikgu, waktu sesuai untuk holiday mesti la cuti sekolah. Tambah lagi sepupu-sepapat aku yang sekolah lagi masih ramai. Yang dah besor panjang bekerja ada la ramai jugak, tapi deme boleh ambik cuti. Yang tengah belajor kat U macam aku ade la beberapa kerat je. Jadi selalu jugakla aku termiss event ukhuwah macam nih, sebab cuti U tak sama dengan cuti sekolah kan. Mana boleh ponteng kuliah sesuka hati. Maunya ditahan ambik final exam, sia-sia je aku punya uneventful life kat JB.

Baru-baru ni, deme buat kat Cameron Highland. Semua ada, kecuali aku, sepupu yang tengah belajor kat Aussie, dengan keluarga Mak Long. Deme semua duduk serumah kat rumah homestay, duduk ramai-ramai, buat aktiviti yang biasanya untuk family daylah, baca tahlil untuk arwah Tok Wan dengan Atuk sekali. Dengor pun sangat best, ralat sekali rasanya tak dapat join. Masa deme buat kat Penang dulu pun aku tak dapat join jugak. Event family besar-besaran kat rumah pak cik saudara aku pun tak dapat join sebab masa tu aku kat Indonesia.

Tapi Tahun Baru Cina kali nih kebetulan pulak jatuh dalam tempoh cuti semester aku. Sangat bertuah sebab aku ada kat rumah masa tu. Dan seperti yang dijangka, Mak Lang aku dah planning nak buat family day. Seronokla dapat jumpa sedara-mara, sepupu-sepapat yang dah lama tak jumpa. Heboh sedunia dengan sepupu-sepupu yang ala-ala sebaya dengan aku. Okey, mula-mula planning nak buat kat Pulau Pangkor. Rasa macam 'kureng' sikit la bagi aku sebab baru je pegi sana dengan member-member. Tapi takpelah, apa-apapun dengan keluarga lagi best. Satu masalahnya sekarang musim Tahun Baru Cina, memang sangat-sangat susah nak booking chalet atau homestay. Dah survey awal-awal, malangnya terlambat sebab memang awal-awal sudah penuh.

Akhirnya terpaksa ubah plan. Family Day buat kat Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah. Iaitu pada hari ini. Ok la, sebab aku pun tak pernah sampai sana lagi. Keluarga Mak Lang awal-awal pagi lagi dah bertolak dari Selangor. Nak cari port best punya. Alhamdulillah dapat duduk bawah pondok luas, memang selesa. Semua bawak makanan dari rumah masing-masing. Sharing is caring la katakan.

Kawasan sungai kat Tebing Merbau

Kawasan chalet dan perkhemahan. Ingat nak stay sehari tapi tak jadi atas alasan tertentu.

Pokok kayu rindu. Best je bunyinya.


Kat tebing-tebing sungai nih ada air panas. Boleh rebus telur.





Adik sedare aku yang bueh



Meow yang tersungkur kekenyangan.
Malam ni Pizza Hut treat.

Harinih jugak hari yang agak fail buat aku. Kaki aku terseliuh mase jalan-jalan kat area situ. Sampai la ni terhincut-hincut.

Alahai kan bagusnya kalau macam ni sepanjang hari. Lepas nih aku tak tau lagi deme plan nak pegi mana tapi yang pastinya aku tak dapat ikut. Dah start semester baru untuk Tahun Dua nih.

Seriesssly aku taknak balik JB. Kuliah mula 13 haribulan, tapi 13 haribulan aku balik. Sengaja delay. Ponteng kelas 1st untuk 1st day semester 2. Tak nak balik Johor, tapi kene balik jugak.

Familyku, syurgaku. Hahaha~

Caucincau.
 
;