Alhamdulillah.. Baru pagi tadi berkesempatan nak ambik baucar buku kat pejabat fakulti. Nak pergi semalam, ramai sangat. Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan yang memerintah negara kita sekarang ini kerana amat prihatin kepada mahasiswa-mahasiswi seperti kami ini yang kesempitan wang untuk membeli buku-buku untuk kegunaan akademik. Terima kasih banyak-banyak sebab memberikan baucar buku 1Malaysia kepada kami untuk membeli barang-barang keperluan akademik yang agak mahal sekarang ini. Terima kasih sekali lagi walaupun dulu ada soal-selidik yang bertanya "Adakah anda berpuas hati dengan kerajaan pemerintah sekarang?" dan aku menjawabnya, "Tidak".
Betul, walaupun aku tak beberapa berkenan sangat dengan cara kerajaan sekarang memerintah, tapi dah orang nak bagi, ambik je. Tak perlulah nak dijadikan bahan untuk dipertikaikan. Mesti ramai yang berkata, "Kalau kau tak suka kerajaan sekarang, kenapa kau ambik baucar tu?". Jawapan aku senang je. Rezeki jangan ditolak. Tak baik.
 |
Bau pun macam bau duit. |
Pensyarah aku kata, kalau dia dapat baucar tu, dia tukar jadi duit. Haha, aku pun kalau boleh nak buat macam tu jugak, tapi syarat ke-2 baucar tersebut ialah "Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai". Takpelah, aku guna je sebaik mungkin.
Terima kasih.
Caucincau.