Monday, 25 February 2013

tamat sudah...

Alhamdulillah, tamat sudah dengan jayanya event UTM Berselawat semalam. Terasa agak ralat jugak sebab ada sikit part yang aku tak pegi atas sebab yang aku dah ceritakan kat entri sebelum nih. Tapi hampir keseluruhan perjalanan event aku dapat join. Ada la sikit-sikit gambor-gambor yang aku tangkap dari jauh je sebab tak dapat tempat punya pasal. Sape suruh datang lambat. Haha.

Bro Shah Kirit

Imam Muda Asyraf

Ustaz Don Daniyal


Persembahan Zikir Terapi Hafiz Hamidun

Malam Tausiyyah Perdana


Sesi berqasidah bersama kumpulan Al-Mawlid

Habib Ali Zaenal Abidin
Gambor-gambor yang aku ambik masa sesi forum selebriti tu aku ambik dari tingkat atas. Tu yang tak nampak pentasnya. Satu lagi sesi Talaqqi Perdana bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari, aku tak ambik gambornye sebab event tu kat dalam masjid. Tak sopan la pulak rasanya nak buat camtu dalam masjid kan. Pendapat aku jela.

Keseluruhan event nih lebih kepada tentang perkaitan dengan cinta Rasulullah SAW. Alhamdulillah banyak juga ilmu yang dapat sampai. Bukan sekadar ceramah saje, forum selebriti Cinta Rasul, ada sekali sesi berqasidah, lepas Maghrib kat masjid, lepas tu sambung pulak kat dewan besar ramai-ramai lepas solat Isya'. Sangat ramai yang datang malam tu. Bukan student UTM je, ada skali student2 lain dari universiti dari serata Malaysia, tak ketinggalan jugak pelajar-pelajar sekolah.

Caucincau.


0 rungutan:

Post a Comment

 
;