Wednesday, 13 March 2013

Petronas Mangrove Planting Program

Aku ade join event nih Ahad yang baru-baru nih, 10 Mac yang lalu. Program nih diheboh-hebohkan dalam grup fesbuk bebudak BIOSS jadi tak ramai yang join. Had cuma 40 orang je. Ape lagi aku ambik kesempatan join. Arif, Naza pun join jugak. Atras mula-mula nak join tapi tak jadi sebab beliau kena balik rumah. Senior kami 3rd year yang ramai folo.

Sebelum pergi, kami kena berkumpul di Fakulti Alam Bina pukul 8.00 pagi. Masa berkumpul tu ade pulak budak-budak Fakulti Sains join sekali. Budak Sains Fizik 1st year. Aku ingat budak-budak BIOSS je. Haha takpelah, lagi meriah. Dalam pukul 9.00 pagi dua buah bas bertolak ke Taman Negara Johor Tanjung Piai, Johor yang mane tempat ni dikenali sebagai 'The Most Southern Tip of Asia'.

Mercu tanda Taman Negara Johor Tanjung Piai


 Nak cerita sikit la pasal Petronas Mangrove Planting Program nih. Kami ditaja oleh pihak Petronas hari itu dari pagi sampai dalam pukul 3.00 petang lebih untuk buat kerja menanam anak pokok bakau. Sebab kan kawasan bakau berfungsi untuk mengelakkan hakisan ombak ke darat. Jadi secara semulajadinya banyakla pokok-pokok bakau yang terkorban dimakan ombak laut. Jadi tugas kami ialah untuk menanam anak-anak pokok bakau bagi menggantikan pokok-pokok yang terkorban tu.

Selain tu, kawasan bakau jugak berfungsi sebagai perangkap sampah untuk sampah-sampah yang datang dari laut. Jadi tak heranlah sangat-sangat banyak sampah yang ada kat kawasan hutan bakau tu. Kami pun apa lagi, tolong kutip sampah-sampah tu. Cuma sampah-sampah domestik aje, untuk dikitar semula. Kumpulan yang paling berat timbangan sampah dapat hadiah. Hadiah ape aku pun tak tau sebab kumpulan aku tak menang pun.


Sebab aku rase papan tanda 'Tandas' ini sangat cantik.


Apasal banyak entri aku ade gambar Arif?







Sebahagian senior2 aku yang join


Dalam dewan nak dengor taklimat pihak Petronas

Sangat panas hari itu.


Okeh, aku ingatkan budak-budak UTM je, ghope-ghopenye ade la golongan orang-orang muda yang dah macam mak bapak budak join skali. Ramai pulak tu. Buat kecoh riuh nak mampos. Haa lagi la bagus lagi meriah. Deme dari kumpulan VVT. Aku ingat hapebendejadahnyetu VVT. Dengor macam APTB. Ghope-ghopenye Kelab Elit VVT Toyota Vios. Patutla banyak mak bapak budak. Mase nak balik naik bas, berderet kereta Toyota Vios kat parking luar.

By the way, aku tak letak gambor tanam pokok tu sebab grup aku tak ditugaskan menanam. Dan aku tak berani nak bawak kamera sekali mase buat aktiviti sebab banyak monyet liar. Karang tak pasal-pasal kamere aku jadi gadjet deme pulak. Haha.

Terponyok sijil ni aku guna nak pukul cicak besor dalam bilik.
Sijil dapat, baju pun dapat. Tak rugipun rasenye join program nih. Dari duduk bilik tak buat ape hujung-hujung minggu yang indah macam ni.

Caucincau.

0 rungutan:

Post a Comment

 
;