Aku nih taklah lancang dan petah berkata-kata, namun tergerak jugak la kat hati nih nak menyuarakan pendapat. Berdasarkan ayat-ayat di atas, dah tentu orang tau yang aku ni bukan penyokong kerajaan sekarang. Yelah, mane taknye, nama je negara yang beragama rasmi Islam, macam ni ke yang patut berlaku? Pada mulanya aku nih boleh dikatakan neutral la jugak, tapi dah lama-lama makin meluat pulak.
Okeh, nak ulas sikit la pasal keputusan PRU-13 malam tadi. Seriesssly aku amat terkejut, sebab sebelum keputusan rasmi dikeluarkan, PR dikaborkan telah memegang tujuh negeri, termasukla negeri aku yang terchenta, Perak. Ayah aku bertugas sebagai pemerhati dan jugak pengira undi untuk kawasan Chemor. Maybe die ajk SPR kot, aku tak tanye lanjut lagi pun. Dia kira undi, and yes tempat kami dimenangi oleh Pas. Dan jugak beberapa kawasan ADUN yang berdekatan kami dimenangi oleh Pas. Dari situ pun aku dah nampak ada harapan yang cerah untuk PR nih. Tengok TV yang nak umumkan keputusan pun terkedek-kedek je, macam sembang monyet aku tengok.
Mak ayah aku pun dah nampak gaye macam seronok, sebab kalau PR menang dah tentu la harinih cuti. Bolehla mintak pencen awal, maklumlah banyak benda dah jadi senang. Tambah lagi rege minyak turun, pendidikan percuma, harga kereta dengan rumah turun, wifi percuma, takde tol dan sebagainya. Kalau PR pegang dah tentu dapat mengurangkan beban rakyat.
Tapi itulah pelik bin ajaibnya bila keputusan rasmi keluar. Amat yang beruk. Kawasan ADUN yang ayah aku kira memang kat Pas tetiba pulak dapat kat tangan BN. Dan selanjutnya tu la yang berlaku kat tempat lain.
Mula la timbul isu-isu blackout, peti undi hilang dan sebagainya. Pastu la kan yang jadinya tetiba bilangan undi untuk BN naik tetiba lepas perkiraan semula (maaf kalau ape yang aku cakap nih salah dari situasi sebenar..). Ye, kat part nih yang aku rase ade something yang agak fishy. Dan ramai yang cukup tak berpuas hati dengan keputusan muktamad nih. Aku rase nih mesti kes tak telus. Ramai jugak kot kan yang rase macam tu. Aku rase la kan, mase blackout tu la deme2 nih pegi memuja hantu dalam gelap gelita tu. Lalu hantu-hantu tersebut datang, lalu memunaikan hajat-hajat mereka dengan mengundi untuk mereka, dan membuang undi ke dalam peti undi. Hantu kan transparent. Haha. Sekadar gurauan je.
Tapi la kan, aku rase eloklah pun. Kalau magic scene ni terjadi, dan tetiba kemenangan berpihak pada PR, tak mustahil PR akan dicemuh dan dikecam dengan hebat sekali. Biasela orang-orang BN nh. DS Najib kan ade kate "Kita akan pastikan BN akan menang walau apa jua sekalipun". Tak mustahil "apa jua cara sekalipun" tu boleh jugak dengan cara kotor. Tapi takpelah. Kate orang, bersangka baik. Mungkin ada hikmahnya. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Kalau ada berlakunya ketidaktelusan dalam PRU kali nih, kebenaran tetap akan berpihak pada yang hak. Insya-Allah. Tapi dengan harapanlah agar deme ubahlah cara kepemimpinan deme. Jangan amalkan rasuah, dan janganla menindas rakyat. Itula kewajipan yang sepatutnya bagi seorang pemimpin bukan?
Caucincau.
"I want to see the shape in the darkness.
I want to hear the hesitant footsteps.
I want to know my true home."
0 rungutan:
Post a Comment