Thursday, 30 May 2013

Repost : Alahai Cikgu Ku...

Hmmm bukanlah niat nak kutuk ke, ape ke.. Aku saje nak mencorat-coret sikit satu dialog yang pernah berlaku dalam kelas aku masa form 5 dulu. Tak habis-habis citer pasal masa sekolah dulu heh.. Takpe la, suka hati aku la.. lagipun blog aku kan..

Haha ntah macam mana aku boleh ingat dialog nih. Macam besa, kan aku dah cakap dalam entri lepas, aku nih besa menulis balik dialog-dialog lawak antara member-member aku tanpa pengetahuan deme.. Sajenak buat kenang-kenangan. Jadi, sebelum tulis, macam besa aku nak mintak izin dulu kat insan-insan yang terlibat nih. Wallahualam la kalau kome tau ke tak. Maafle kalau ada yg terbaca ni terguris hati atau terkesan.. Sekadar untuk berkongsi aje.


 Kadang2 bila baca, rasa nak tergelak pun ada (memang dah gelak pun..), kadang2 rasa rindu meluap-luap pun ada haha.. dah.. aku nak tulis nih.

Nak dijadikan cerita, masa tu time lepas rehat. Subjek pahtu subjek pendidikan sivik kewarganeraan (PSK la tu..). Cikgu yang mengajar subjek tu kami panggil dia Sensei dotdotdot(bukan nama sebenor), sebab dia pun ngajo bahasa Jepon skali. Sensei nih berbangsa Cina, tapi fasih cakap jepun. Memangla fasih dah dia yang ngajor bahasa Jepun kat sekolah. Tapi hari tu Sensei masuk kelas lambat sikit entah sebab ada apa hal entah. 

Macam biasa, bila cikgu takde je, semua buat hal masing2, kelas pun mulala riuh. Bebudak pempuan buat grup kat blakang kelas, mula bergosip-gosip macam2 hal. Budak laki pulak ada yg menyembang, ada yang merayap entah ke mana. Aku?? Tido.. Aku biasa time rehat aku tak turun makan. Asal rehat je tido dalam kelas.. Punye la nak qado tido lambat memalam...

Entah lebih kurang 20 minit, baru Sensei masuk kelas dalam keadaan kelam-kabut. Semua budak kat sekolah aku kenal sangat Sensei nih macam mana peribadinya kan.. Maka berlakunya interaksi antara pelajar dan Sensei...

Sensei  :  Oooohh sori2 saya lambat masuk! Lepas ni kita sambung belajar balik!
Kawan 1  :  Takpe, takpe...(saje nak tenangkan keadaan Sensei yang agak gelabah sikit)

Bebudak len bukan nak ambik tempat duduk, rilek-rilek je macam cikgu takde dalam kelas. Haha agak kurang hajor kan? Especially budak pempuan la.. Maka...

Sensei  :  Oooii amoi-amoi cantik belakang sana nu ha! Tengok sikit sekejap muka mak cik yang tak cantik  depan ni ha! Cepat, kita bincang projek khidmat masyarakat kita ni ha!

Kawan 2 tetiba menyampok..

Aidil  :  (dengan gaya berlagak dan selamba nyer..) Ha'ah, memang TAK CANTIK pun!!!

Sensei  :  Ha,, tengok si Kawan 2 tu, terus terang dia nu ha!


Semua tergelak!!

Hahaha... aku pon ngekek gelak.. Sapa tak kenal Kawan 2, cmna perangai dia.. Sampai dengan cikgu pun boleh selamber direct je haha.. Tapi sensei bukan marah pun, dia selalu cool je, dengan muka comel dia tuh.. Tapi apepun, CIKGU TETAP CIKGU. Dia tetap mencurahkan ilmu kat kita walaupun berlainan bangsa dan agama. Tak kesahla depa jenis sporting ke, idak ke.. tetap kita kena hormat.


Haha bukannya kerana harinih Hari Guru untuk aku conteng2 pasal cikgu nih.. Saje je nak berkongsi ceriter. Rasanya tak terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Guru pada semua para pandidik yang pernah ngajor aku kan? Kan?? Aku harap Sensei tak ter'pressure' ajar murid2 macam kami nih. Hihihihi~

P/s: Aku rase elokla nama betul dirahsiakan kot. 

Caucincau.

"It is your warmth that I have forgotten.
It is the footsteps of sadness that will be repeated.
It is the fragment of your memory that draws you to that door."

0 rungutan:

Post a Comment

 
;