Ohh... bila cakap pasal
the end of semester nih, hati nih rase sayu yang teramat. Padahal belum lagi grad. Bukan ape, teringat mase hari last2 semester dua dulu, mase nak pergi Indonesia sebab ada program. Tengok blok yang riuh-rendah dulunya dengan suara member-member jadi sepi aje. Aku kene stay kejap je dulu kat u sebelum gerak ke seberang. Ada kerja yang nak disetelkan. Orang terakhir yang bersama-sama dengan aku waktu tu, Panda dengan Khai,
ex-roomate aku.
Sekarang pun aku gatai lagi duduk kat u, padahal member lain semua dah balik. Huhu iya memang sayu je rasanya tengok bilik member kosong-kosong belaka. Insya-Allah besok malam aku gerak balik Perak. Ape-apepun,
end of semester nih mesti la diakhiri dengan something yang best-best kan? Jadi malam habis
paper last themo kk tu, aku keluar lepak dengan kawan aku kat Angsana main boling kejap, pastu tengok
movie citer
Fast and Furious 6. Okla jugak. Bebudak member sekelas pulak buat BBQ. Malas aku nak
join.
Aku, Atras dan Arif, memang tak habis-habis kami bertiga suka keluar sesama sekali. Naza pun mula-mula nak
join tapi
cancel sebab lari bajet katanya. Jadi dalam perancangannya kami pergi la ke Batu Pahat. Sejam jugaklah dari Johor Bahru nih.
 |
Terjumpa kat tengah highway |
Yang speselnya gambo bas nih adelah nama dia. Kwok Ping. Macam nama dua orang
classmate chinese aku. Loke Kwok Thong dengan Sin Wei Ping. Dahla kedua-duanya roomate. Haha. Kepada Loke atau Derek, kalau korang search nama korang dan sampai kat blog buruk aku nih, mintak mohon laluanla ye nak tulis nama korang di sini =))
 |
Mereka berdua |
 |
eh.eh.eh.eh.eh |
 |
Di Wetland Waterpark Batu Pahat |
Ok jugakla kat wetland Batu Pahat nih. Cuma masa kami pergi nih hari bekerja, hari Khamis dan opkosla takde orang sangat. Macam tempat nih kami yang punya nak buat sesuka hati aje. Cuma tempat nih nampak macam lama sikit.
 |
Pemandangan dari Masjid UTHM |
 |
Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM, perpustakaan terbesar Asia Tenggara |
 |
Lobi Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM |
Alang-alang dah kat Batu Pahat, kami singgah ke UTHM. Kawan aku dari Igop dulu ada sorang kat sini. Syamil namanya. Nama ayah kami sama. Mustaffa Kamal. Ingat nak jumpa dia kejap kat sini. Memandangkan dia baru mula final exam, aku tak jadi la nak jumpa dia. Tapi dah takdir Allah SWT nak bagi jumpa jugak, aku lepak-lepak je depan lobi
library tu, ternampak je member aku tu menonong keluar dari
library. Dia pun agak terkejut jugakle aku ade kat situ. Datang tak berkabor. Aku jumpa kejap jela. Tengok dia dah nak balik, nak rehat-rehat stadi seharian jadi aku taknak la kacau dia walaupun dia ajak aku lepak dengan dia. Insya-Allah ade rezeki jumpa lain kali la ye mil. Mohler ke UTM weh!
Lepas tu pun kami pusing-pusing la keliling UTHM. Bangunan dia semua
style modern cuma banyak sangat tanah kosong. Maybe sebab tapak
baru kot.
 |
Airport Senai |
Takde koje lagi, saje singgah kat Lapangan Terbang Senai. Atras kate saje nak tengok camane kat
airport. Lepas tu, lepak kat mekdi
airport tu pekena McFlurry aje. Malas nak makan, dah ter
over kenyang.
 |
Balai Cerap UTM. Tempat wajib lepak memalam tengok satu JB. |
Dah habis jalan, lepak pulak kat balai cerap UTM. Nun jauh atas bukit tu. Bukan UTM je, satu JB boleh nampak. Tempat melepak sembang-sembang jela. Macam kat depan dewan makan Igop dulu tempat lepak sembang-sembang.
 |
Danga Bay. Lepak dengan Arif naik motor je. |
|
|
|
|
Esoknya keluar lepak dengan Arif kat Danga Bay. Naik motor berdua. Lepak berdua. Cuci mata tengok
hot couples berdating buat maksiat. Geli geleman aku tengok gaya deme. Agak sejam lebih lepak sana, kami balik lepak kat tasik UTM. Ramai benor orang memancing. Aku pulak tak habis-habis tangkap gambor.
 |
Itik-itik belaan UTM kat tasik |
 |
Ramai pernah pergi kot. Taman Rusa UTM |
Hahhha ade jugakla penghabisan yang menarik semester nih. Tahun depan dah masuk 3rd year dah. Nampak sangat dah nak habis. Cepat sangat masa berlalu. Tak lama lagi dah grad. Insya-Allah aku nak
grad on time. Tak mau
extend walaupun sayang gila kat UTM nih.
Jumpa lagi semester depan kawan-kawan!
Caucincau.
"What cannot be detected in time is that single teardrop.
What cannot be stopped are the screams of despair.
What is to come is the chain of hatred."
0 rungutan:
Post a Comment