Sunday, 7 July 2013

Cuti-cuti

Dulu dah pernah jelajah satu Perak dengan member-member. Dah masuk cuti akhir sem pulak dah takde pelan. Tapi ada sorang member ajak aku join program macam festival kebudayaan kat sana, jadi macam ajk protokol. Dia boleh ajak aku sebab dia ada link dengan orang dalam program tu. 5 hari je. Tapi dua minggu jugak merasa duduk Rompin. Tinggal kat kawasan kampung tapi bukan homestay, tak ada internet. Kampung tu jugak bukan rumah member aku tu. Cuma sewa je.

Yang terasa rugi sangatnya, tak ada gambar kat sana. Henset kesayangan aku tu ada prob, jadi aku hantor kat centre untuk repair. Jadi bawak je nokia ala-ala 3310 tu. Kamera pun tak ada. Rasa rugi sangat pulak.


Nak masuk dua minggu, hari Ahad tu aku balik Perak. Baru dua hari kat rumah dah mula jemu. Ambik balik henset dah elok. Jadi hari Khamisnya pulak aku pergi Melaka. Ziarah member aku, Kamarul kat UiTM Bandaraya Melaka. Deme lambat habis, tengah final. Jadi aku saja la datang sana nak ngisi masa lapang. Lagipun Khamis tu member aku ni baru habis paper, ada 4 hari gap. Alah, dah habis satu paper siapa yang nak terus belajar kan. Malas katanya. Aku pun sama je.


Waktu malam dari rumah member.
 Merasa la jugak aku nak duduk rumah-rumah budak universiti. Tempat aku ada jenis bilik je. Rumah student ni macam rumah orang-orang bujang je. Ada bilik-bilik, pantri, ruang tamu dengan bilik-bilik air. Aku rase duduk camni lagi best dari duduk hostel bilik. Housemates member aku ni semuanya baik belaka. Cuma tak semua sama course. Ada budak accounting, ada yang management. Yang aku kenal ni Haziq, Faizal, Mirul, Jaja, dengan Hafiz. Asal rumah ni ada 8 orang, tapi 3 dah pindah keluar. Ada la kosong untuk sumbat aku.

Waktu siang

Bawah apartment
Sampai sana dalam pukul 8.00 malam. Sampai terus makan, balik rumah member, rilek-rilek, pastu tidor. Besok siangnya lepas Jumaat baru berjalan kat Bandar Hilir Melaka. Pagi tu teman Kamarul kejap jumpa lecturer dia untuk pasal latihan industri dia.


Camni la Muzium Samudera tu.

Tak tau la nama sungai nih. dah lupa.

Kincir air sultan apa tah tak ingat jugak.

dari runtuhan biara atas bukit tu. Nampak Menara Taming Sari.
 Sangat ramai pelancong asing kat sini. Masa kami dalam bas, ada pelancong dari Vietnam tanya aku kat mana Menara Taming Sari. Aku tak tau jadi aku pass kat Kamarul. Sembang-sembang rupanya dia datang ke Malaysia ni satu malam je. Besoknya nak pergi Singapura.





 Tempat atas ni baru buat. Memang aku perasan masa pergi Melaka dulu waktu industry visit bebudak kelas aku masa 1st year dulu tempat ni memang tak ada. Tempat ni macam pentas, untuk buat persembahan kebudayaan la kot.

A Famosa. Semua orang tau kan.

Kawasan Red Buildings.

OTW nak masuk Jonker Walk

Festival Pertanian. Sebelah UTEM Kampus Bandar.

Seharian berjalan, memang sangat penat. Petang balik rumah kejap. Rehat-rehat, solat dah jamak Maghrib dengan Isya' masa kat UTC. Malam lepas makan, pergi ambik angir sepanjang tepi sungai kat Kampung Morten. Cantik gila kampung ni waktu memalam.
River Cruise. 8 hengget sekepala.

Kampung Morten. Kampung tengah bandar. Untuk homestay.


Ok sumpah penat berjalan. Tapi seriessly puas hati. Walaupun tiga hari je. Tak boleh lama-lama. Kamarul pun nak stadi. Duit aku pun nak habis dah. Tapi aku simpan dulu sikit-sikit nih. Ingat nak melawat member kat Sarawak sana cuti midsem depan. Insya-Allah kalau ada rezeki.

Seronok mengembara. Best.

Caucincau.

"What was desired was the everyday sleep.
What was heard were the raindrop of malice.
What was washed away was the door into darkness."

0 rungutan:

Post a Comment

 
;