Monday, 25 February 2013 0 rungutan

tamat sudah...

Alhamdulillah, tamat sudah dengan jayanya event UTM Berselawat semalam. Terasa agak ralat jugak sebab ada sikit part yang aku tak pegi atas sebab yang aku dah ceritakan kat entri sebelum nih. Tapi hampir keseluruhan perjalanan event aku dapat join. Ada la sikit-sikit gambor-gambor yang aku tangkap dari jauh je sebab tak dapat tempat punya pasal. Sape suruh datang lambat. Haha.

Bro Shah Kirit

Imam Muda Asyraf

Ustaz Don Daniyal

Saturday, 23 February 2013 0 rungutan

UTM Berselawat

Assalamualaikum.. Haha baru harinih eventnya, baru harinih aku nak buat entri pasal nih. Apepun, yang dekat-dekat sini mari le join.




UTM Berselawat ini diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, Johor Bahru. Bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Masuk adalah percuma.

Tentatif program
Sebelah pagi aku tak dapat nak join sangat. Tengok sikit-sikit je bahagian forum selebriti. Sebab nak pergi servis motor dah lama tak tukar minyak hitam, bateri pun nak habis. Tambah lagi hari ni hari Ahad. Semalam aku lupa nak pergi. Haha.

Apa-apa pun jom meriahkan lagi majlis :)

Caucincau.


Thursday, 21 February 2013

BB1M

Alhamdulillah.. Baru pagi tadi berkesempatan nak ambik baucar buku kat pejabat fakulti. Nak pergi semalam, ramai sangat. Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan yang memerintah negara kita sekarang ini kerana amat prihatin kepada mahasiswa-mahasiswi seperti kami ini yang kesempitan wang untuk membeli buku-buku untuk kegunaan akademik. Terima kasih banyak-banyak sebab memberikan baucar buku 1Malaysia kepada kami untuk membeli barang-barang keperluan akademik yang agak mahal sekarang ini. Terima kasih sekali lagi walaupun dulu ada soal-selidik yang bertanya "Adakah anda berpuas hati dengan kerajaan pemerintah sekarang?" dan aku menjawabnya, "Tidak".

Betul, walaupun aku tak beberapa berkenan sangat dengan cara kerajaan sekarang memerintah, tapi dah orang nak bagi, ambik je. Tak perlulah nak dijadikan bahan untuk dipertikaikan. Mesti ramai yang berkata, "Kalau kau tak suka kerajaan sekarang, kenapa kau ambik baucar tu?". Jawapan aku senang je. Rezeki jangan ditolak. Tak baik.


Bau pun macam bau duit.
Pensyarah aku kata, kalau dia dapat baucar tu, dia tukar jadi duit. Haha, aku pun kalau boleh nak buat macam tu jugak, tapi syarat ke-2 baucar tersebut ialah "Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai". Takpelah, aku guna je sebaik mungkin.

Terima kasih.

Caucincau.
Sunday, 17 February 2013

Mereka sudah membesar...

Entri ini sekuelnya kepada entri terberanaknya... yang pernah aku post dulu. Inilah anak-anak si Cokelet yang dah berumur dalam dua minggu lebih.

Paling aktif. Dah pandai melompat keluar kotak.




Macam yang aku cakap dulu, mereka ni sangat-sangat comel apabila dah tumbuh bulu dan membuka mata. Tak macam mula-mula lahir dulu.

Comel kan? Haha bagi aku memang comel.

Caucincau.

Bermulanya sebuah perjalanan

Tajuk punya gempak. Tapi tak ada pun yang gempak sangat. Menulisnya aku di sini adalah sekadar untuk menceritakan mukadimah kehidupan baru di tempat aku belajar untuk semester 4 ataupun semester 2 tahun ke-2 nih. Permulaan yang agak kurang memberangsangkan. Kelas hari pertama aku dah ponteng. Sebab aku balik ke Johor nih pada hari yang kelas untuk pertama kalinya pada semester baru nih. Sampai JB dah maghrib. Esoknya pun ada kelas, ponteng jugak sebab hujan. Kelas 1st tak payah pergi lah pun takpe, sekadar ta'aruf dan muqaddimah bagi subjek baru yang aku akan belajar untuk semester nih. Hari Jumaat pulak satu kelas je. Dahla ada sebelas orang je dalam seksyen tu. Tapi lagi sikit lagi best. Takla segan aku nak bertanya. Almaklumlah aku ni kan pemalu orangnya. Konon. Yang bestnya bermula hari Sabtu nih.

Planning dengan member dah dari semester lepas, minggu pertama naik cuti nak berjalan puas-puas kat Johor nih. Dipendekkan cerita, memang menjadilah plan kami. Kereta dapat. Survey pun dah buat. Cuma kurang sikit penyertaan. Asal nak pergi dalam lima orang, tapi dua orang lagi tak dapat join. Jadi cuma aku, Atras dan Arif je yang pergi. Tiga orang pun best jugak. Tak banyak kerenah.

Monday, 11 February 2013

Keluarga adalah segalanya

Adik-beradik keluarga belah mak aku selalu buat Family Day, asal je kalau ada cuti. Tak kira la cuti apa, tapi selalunya cuti-cuti sekolah yang panjang. Sebab yang jadi kepala event nih selalunya Mak Lang aku, iaitu kakak mak aku. Mak Lang aku nih ustazah kat sekolah menengah area Sekinchan, Selangor. Jadi kalau dah namanya cikgu, waktu sesuai untuk holiday mesti la cuti sekolah. Tambah lagi sepupu-sepapat aku yang sekolah lagi masih ramai. Yang dah besor panjang bekerja ada la ramai jugak, tapi deme boleh ambik cuti. Yang tengah belajor kat U macam aku ade la beberapa kerat je. Jadi selalu jugakla aku termiss event ukhuwah macam nih, sebab cuti U tak sama dengan cuti sekolah kan. Mana boleh ponteng kuliah sesuka hati. Maunya ditahan ambik final exam, sia-sia je aku punya uneventful life kat JB.

Baru-baru ni, deme buat kat Cameron Highland. Semua ada, kecuali aku, sepupu yang tengah belajor kat Aussie, dengan keluarga Mak Long. Deme semua duduk serumah kat rumah homestay, duduk ramai-ramai, buat aktiviti yang biasanya untuk family daylah, baca tahlil untuk arwah Tok Wan dengan Atuk sekali. Dengor pun sangat best, ralat sekali rasanya tak dapat join. Masa deme buat kat Penang dulu pun aku tak dapat join jugak. Event family besar-besaran kat rumah pak cik saudara aku pun tak dapat join sebab masa tu aku kat Indonesia.

Saturday, 2 February 2013 0 rungutan

terberanaknya...

Assalamualaikum.

Dah seminggu kot umor deme nih, lambat nak heboh punye pasal. Lapan ekor semua. Lahir pada tanggal 29 Januari 2013. Nak total dengan semua arnab lain yang aku bela, semua dalam 20 ekor. Yang kecik nih tak tau la nasibnya, sebab deme nih sangat-sangat vulnerable dengan macam-macam penyakit. Mungkin yang survive sampai betul-betul dewasa cuma 5 ekor je, dalam jangkaan. Wallahualam, ajal maut di tangan Allah SWT. Tapi selalunya semua selamat besor.


btw, ni gambo deme mase hari 1st lahir

 
;