Monday, 6 October 2014 1 rungutan

Patah tumbuh, Hilang berganti

Assalamualaikum.

Okeh nak sambung citer hobi aku. Mak aku cakap, aku ni ikut perangai ayah aku. Suka kat binatang. Biasala anak bapak.

Apepun masa balik untuk raya haji khamis lepas, aku dapat berita sedih, bahawa ikan-ikan yang aku bela tempoh waktu latihan industri dulu semua mati. Mati selepas air akuarium aku ditukar baru oleh adik lelaki aku. Ade la tu silapnya. Tapi aku memang dah jangka pun. Sebab masa aku tinggalkan pun macam ade je yang tak kena.

Namun, sebab makanan banyak lagi berbaki, mak aku gantikan dengan dua ekor ikan mas dengan enam ekor ikan gapi. Jadi ikan yang ade dalam akuarium tu semua ikan mak aku. Bila aku nampak sikit cenggitu maka naik nafsu aku nak tambah banyak lagi. Hasilnya bertambah kepada 6 ekor bawal, dengan 6 ekor ikan platy.

Penghuni-penghuni baru. Ikan DBI tu ada lagi masih berkhidmat

Tapi sayangnye, aku terpaksa lepaskan ikan bandaraya yang aku bela dari awal aku start hobi akuarium ni ke sungai, sebab beliau suka menebang rumput dalam akuarium tu. Tapi aku ganti dengan 3 ekor ikan corydoras, sama function dengan ikan bandaraya tu, cuma lagi menarik.

Aquascape baru. Ikan DBI dah takde.
Selain tu, aku jugak dah tukar filter yang lagi power punya. Filter lama ni la faktor utama kegagalan aku dalam hobi. ni. Filter lama ni kecik, tak mampu tampung banyak ikan. Lebih tiga hari air jadi keruh benor. Dahle mahal kat kedai yang aku beli. Kat lelong.my jauh murah.

Filter lama

Ni pulak filter baru. Aku beli waktu di JB. Harga dia jauh murah dari harga sepatutnya. Besar pulak tu. Lelong.my pun lagi mahal. Lepas aku guna filter ni, akuarium ni lambat keruh. Even hari ni aku nak balik JB, akuarium tu clear lagi. Takla susahkan ayah aku nak tukar-tukar air selalu. Huhu.

Filter baru
Okeh tu je nak citer.

Caucincau.
0 rungutan

Grown

Assalamualaikum.

Aku ni bukanla blogger tegar. Sekadar buat blog untuk sedapkan hati je. Haha. Jadi macam biasa aku sangat jarang update, kalau update pun cuma nak banyakkan entri je walaupun takde orang pun yang sebok nak tau apa update aku.

Apepun entri ni fokus pada hamster aku je, macam biase la. Entri lepas aku cakap perut si Eun-bi tu kembung sikit. Taktau la bunting ke tak sebenornye. Tapi ape yang jadi, dalam sebulan lepas, Shibi melahirkan tiga ekor anak baru, dan yang sulung sekali mati. Apepun yang dua lagi tu survive, dah dewasa pun sekarang. Pertama kali aku jaga ibu hamster dengan anak-anak dengan jayanya muahaha!

Shibi bersama dua ekor anaknya

Dah umor dua minggu. Jantan belaka. Rasanya.

Kini dah besor. Umor sebulan seminggu lebih.

Tak cukup pulak dengan tu, cukup 3 minggu anak Shibi besor, Eun-bi pulak beranak lagi 4 ekor. Tapi yang sulung mati jugak. Tinggal 3 ekor. Masuk harini umor dah lebih 2 minggu.

Masa baru lahir. Merah belaka.

Waktu umor cukop dua minggu

Makin besorla keluarga Hiro aku ni. Makin banyak lagi taktaula nak bela camne. Bagi jela member2 yang berkenan nanti. Haha.

Caucincau.
Sunday, 10 August 2014 0 rungutan

Ahli keluarga baru~

Assalamualaikum.

Semua baru2 tajuk entri aku.

Bukan orang baru, tapi ahli yang mendiami di rumah family aku ni. Ikan aku dah bertambah 12 ekor. 6 ekor jenis taktau, lagi 6 ekor jenis ikan gapi. Yang jenis taktau tu dah 2 minggu kot aku bela, tapi 2 ekor mati. Tu yang tambah 6 ekor gapi. Ikan2 ni aku beli kat sorang tokeh cina yang selalu meniaga ikan hiasan kat pasar2 malam atau pagi. Malam beliau meniaga kat pasar malam Taman Jati II Ipoh. Pagi pulak kat pasar sehari di Tanjung Rambutan nun. Aku suka beli kat tokeh ni sebab harge die murah sangat, siap bagi ekstra sekor lagi. Ikan dijual pun cantek2. Beliau cuma meniaga kat pasar2 je, die tak bukak kedai sebab beliau buat kolam besar, macam menternak dgn breeding la.

Ni la jenis yang taktau tu. Lupe nak tanye tokeh tu ni jenis ape
Nampak yang tengah kat atas ekor kembang tu? Tu la gapi nye

Manakala Jumaat minggu lepas pulak, Eun-bi pulak melahirkan anak hamster dengan tidak selamatnya. Hal ini kerna pada Jumaat tersebut femili aku betul2 dah nak keluar bertolak pergi Selangor ke rumah Mak Lang ade open house raya. Masa dah nak pergi baru aku perasan ade sekor anak hamster baru lahir. Kiranya masa nak pergi tu, Eun-bi tengah dalam labor process la. Memang terpaksa tinggalkan la, nak buat cmne.

Dah balik ke rumah petang esoknya tu, 3 ekor bangkai anak hamster dijumpai, sekor tinggal kepala, lagi 2 ekor mati lemas dalam timbunan bedding. Berapa total yg diberanakkan pun aku tak tau. Sebab aku tengok si Eun-bi ni punye perut buncit lagi. Riso je kot ade bangkai baby dalam perut die tu, sbb masa raye dulu ni ade la orang2 datang rumah bawak anak kecik, excited sangat dengan hamster tu, ditangkapnye, entah die picit habis kot hamster yang bunting tu.

Ape-apepun, Hiro, Shibi dan Eun-bi masih hidup bertiga dengan bahagianya sekarang =)

Nyenyak Hiro tidor. Shibi, Eun-bi nyorok
Rumah baru mereka
Selain itu juga, adik perempuan aku ni pun minat jugak nak beli hamster. Maka pagi tadi aku nemannye le pi beli hamster kat Ipoh nun. Dia minat jenis Syrian hamster, kaler sebijik macam Bubbla bertompok oren putih, hamster yang paling 1st aku pernah bele masa form 5 dulu. Nak beli yang jantan dah habis, ade betina pun die sebat aje la. Kalo jantan die nak bagi nama Jebat, ni dh dapat betina, ditibainye nama Jemah.

Memperkenalkan.... JEMAH!

Ni la rumah baru Jemah
Maka teramat banyaklah jenis binatang peliharaan kat rumah aku ni. Arnab, kucing, ikan dan jugak hamster. Semuanya punca dari aku la, minat sangat dengan binatang-binatang ni. Ate kalau dah nama pun hobi, semua boleh menjadi.

Caucincau.

"What ran ahead was usual path home.
What squirmed was the message from misery.
What was opened was the scrapbook of deceit."

Friday, 18 July 2014 0 rungutan

Hobi baru

Semua tajuk baru-baru.

Kali ni aku teringin pulak bela ikan.

Maka aku pun decide nak bela ikan emas.

Minggu lepas hari Selasa cuti Nuzul Quran tu aku pi Silibin kat Ipoh nun, kedai akuarium kat sana. Tokeh die very nice, sebab mudah sangat nak nego, dan barang2 kedai dia pun murah setelah aku survey banyak tempat.







Aku memang target nak beli akuarium kecik je. Kat Silibin ni RM28. Kalo kat Chemor besar ni RM40. So aku pun sanggup pi Ipoh, nak beli murah punyer.

Edit : Hari ni baru tambah 2 ekor ikan mas buntal dan 2 ekor ikan MBI.

Sampai sini je la ye.

Caucincau.
1 rungutan

Baby Baru!

Pada 2 hari bulan jun lepas, bukan aku yang dapat baby baru aihh. kawin pun dak lagi. Tapi aku jadi 'atok'. haha. Shibi telah melahirkan tujuh ekor anak hamster. Anak kepada Hiro. Hehe.

Seronok pun ade bile terkenangkan makin banyak hamster aku. Tapi ade gak rase tak seronok memikiorkan camane la aku nak jage banyak2 hamster ni. Dahle sangkor kecik.

Nak taknak aku keluar gak malam tu, pi beli sangkor besor sikit. Lebuh gak 60 aku. Huhu. Dahla hujung sem. Duit lagi takdak. Dah ade sangkar baru tu, aku asingkan Shibi dan anak-anaknye dari Hiro dan Eun-bi. Takut gaduh, takpun kene makan. Yep, Shibi agak agresif mase tu. Tak duduk diam. Sikit-sikit gigit sangkar. aku pun jadi tak keruan. Dah asingkan pun gitu gak. Ade je tak kene. Tapi aku biarkan je. Sebab ade time die cmtu. Kadang2 die elok je nyusukan anak-anak die.

Baby yang paling 1st

Shibi dalam proses melahirkan

Anak-anak Hiro

Tapi bile tak keruan, habis anak-anaknye dipindah-pindah. kejap dalam roda, kejap dalam bekas makan. Jadi aku buangkn dulu roda tu. Tapi bila dibuang, die buat bising gigit sangkar. Lagi aku tak boleh tidor malam. Risau.. Akhirnye letak balik roda tu.

Esoknye lima ekor dah mati. Tinggal due. Pening kot asyik kene pindah oleh mak die. Yang berdua tu pun tahan seminggu lebih je. Sebab masa tu aku dah mula cuti sem balik rumah. Rumah aku mase tu memang bahang sangat. Panas sangat kot. Tu yang mati. Takpelah takde rezeki la tu.

Anyway takde la lagi aku riso kalo banyak sangat hamster aku ni. Takla susah jaga. Hehe. Lagipun Eun-bi dah ade tanda2 pregnancy. Tunggu jela.

Caucincau.
0 rungutan

Jalan-jalan Langkawi

Tanggal 1 april lepas, aku, Roy, Arif dan Atras planning pi jalan-jalan kat Langkawi sempena cuti midsem haritu. Aku taknak pergi pun mula2 bila pikior kn hamster2 aku tu sape nak jage, tapi last2 setelah dipujuk Roy berkali-kali maka aku pon cairlah. Hamster aku tu bagi khai yang jage, beliau tak balik rumah pun cuti midsem tu.

Alkisahnye kami pun bergerakla ke KL naik kereta Arif dari JB ni. Sesampainya di KL, abang kepada Roy yang sambut kami, pi tunjuk jalan nak ke LCCT. Sampainye kat LCCT, kete Arif dibawa balik oleh abang Roy untuk dijage sebentar sementara kami bercuti ni.

Kami bertolak ke Langkawi naik flight Air Asia. Ni 1st time flight untuk Arif dengan Atras haha.  Tiket pergi balik dalam RM70++ camtu. Flight mula depart jam 7:20 malam. Sampai kat langkawi dalam pukul 7:50 malam gitu. Teus cari kete sewa. Dapatla yang RM120 untuk 3 hari. Ok la Saga BLM baru. Hotel pun tak booking lagi, cari on the spot je. Memang problem la jenoh cari. Akhirnya jumpe jugak, RM50 satu malam. Tak selesa sangat, panas giler, tapi janji ade yang murah. Dekat tepi pantai pulak tu.

Dah siap solat jamak, kami pi cari makan kat kedai2 dekat dalam pukul 9:00 malam. Makan kampung. Ade pulak cite drama apetah nama die, ade pelakon emma maembong tu, kat tv restoran tu, Roy, Arif dgn Atras khusyok nonton. Aku drama memang tak ghope nak layan. So lama gak le lepak kat restoran tu sampai cite tu habis.

Habis makan, tinggai rehat aje la sampai besok pagi. Maka besoknye bermulalah perjalanan kami..

Mercu tande pulau Langkawi

Atras dan Arif

Dari atas puncak bukit

Tourist spot untuk cable car


Ni scene yang paling aku suka

Arif gayat





Tempat bermandi-manda. Dulu air banyak. Masa kami pergi sikit je.


Sekitar pantai Chenang waktu maghrib

Banyak tempat yang kami pergi sebenornye. Tapi aku tak tangkap sangat gambo sebab memory full. Siap borong coklat banayak lagi. Roy siap ramai orang kirim. macam dua guni dah. Nak balik gelabah pasai takut lebih berat. Padahal kalau domestik bukanla deme kesah sangat pun.

Apepun pengembaraan kami di sini selama tiga hari kira boleh tahanla. Banyak sangat aktiviti yang bset kami tertinggal nk join. Geng Topek pun aku ade terjumpe jugak masa sampai Langkawi haritu. Topek tak habis2 uplod gambo aktiviti die kat fb. Naik dengki aku, pasal bnyk yang tak aku buat. Haha nak buat camane.

Caucincau.

"What will persevere is the desire for happiness.
What is exchanged is the promise among friends.
What will be saved is the momentary doubt."
Saturday, 28 June 2014 0 rungutan

Peti ais.. BARU!!!

Apelah aku ni. Beli peti ais pun nak kepoh.. Haha ate biorle. blog aku. Nampak sangat xde modal.

Apepun cume nak unboxing je. Unboxing aku cuma dalam blog aje, tak reti nak buat vedio2 macam kat utiub tu.

Peti ais aku beli ni bukan la peti ais sangat pun. Chiller semata-mate. Tak ade freezer pun. Sekadar buat simpan barang dapur basah sikit-sikit, dengan buat air sejuk untuk bekal lepas balik kelas waktu tengahari panas-panas tu, ok la. Tu pun paling sejuk setakat 15 degree je. tapi boleh gak guna untuk panaskan makanan. dalam 60-66 degree celcius gitu.


Peti ais ni aku mintak tolong kawan aku yang belikan online sebab aku takde akaun lelong tu. Nak buat malas. Jadi peti ais ni atas nama die la. Tu pun prob jugak. Sepatutnya dah 3 hari lepas order tak sampai-sampai. Sampai dekat 2 minggu. Last2 telepon kurier ni, katenye deme punye transpot tak lepas masuk UTM. Maka terpaksa la aku pi ambik dekat branch die kat Taman Kempas Utama. Kot ye pun notify la aku kan. Takdela aku menunggu. Buat susah pulak tu kene ambik kat tempat die. Jauh pulak tu.


Memang produk buatan china pun

Berbalut plastik lagi ha
Comey tak? Adik aku cakap comey

Segala wayar dan katalog bahasa cina. Ade la paham sikit, sbb bhs jepun pun bole guna sikit

Gini la dalam die. Kecik je. 8L
Peti ais ni pon bole guna dlm kete. Hihi

Caucincau.
0 rungutan

Dapur Lelaki.. II

Dah lama gak senario ni, 3-4 bulan lepas kot.. cuma malas update jer.. Kali ni masak spaghetti resepi sendiri.. huhu..

Proses potong bawang kecik2.. guna pisau je.. chopper xde

Atras alah kat daging. Maka kami guna ayam cincang je

Menumis bawang dengan carrot dan bawang putih

Yang dah dicampur dengan sos prego. Perisa apa pun tak ingat dah

Penyeri terakhir, bebola ayam

Rebus spaghetti tu semua orang tau kan.. maka malasla aku nak letak gambor di sini.

Caucincau.


Thursday, 3 April 2014 0 rungutan

Dapur lelaki

Yuhuuu~ kembalinya daku setelah sekian lama takde bahan nak update blog..

Sekadar untuk membanyakkan entri, maka tersiaplah entri yang tah hape2 untuk kali ini.. haha

Sejak aku memiliki cooker sendiri, member2 aku ni suka datang bilik aku nak buat eksperimen. Haritu deme nak buat donut. Maka bahan-bahan pun dibeli, dan lebih kurang pukul 5 petang tiga minggu lepas, kami mulakan langkah-langkahnya.

Masing-masing takda pengalaman, maka encik google la penolong kami on the spot. bersepah bilik aku waktu tu tak payah kata la. haha.

Ketua chef uli doh untuk donat

Kegembiraan co-chef untuk memulakan eksperimen

antara bahan yang digunakan

doh yang dah siap diuli

doh donat yang berjaya dibentuk

proses menggoreng.. nampak tak cooker aku tu?

dah siap goreng, salut dengan gula ising (ikut citarasa chef)

Topping sesaja sesuka hati


Hasilnya sangat memuaskan. Tak tipu. Sedap. Dah bagi member bilik sebelah, deme nak tambah lagi. Memang menjadi sangat. Haha. Tahniah Chef Atras Borhan!

Caucincau.
 
;