Monday, 6 October 2014

Patah tumbuh, Hilang berganti

Assalamualaikum.

Okeh nak sambung citer hobi aku. Mak aku cakap, aku ni ikut perangai ayah aku. Suka kat binatang. Biasala anak bapak.

Apepun masa balik untuk raya haji khamis lepas, aku dapat berita sedih, bahawa ikan-ikan yang aku bela tempoh waktu latihan industri dulu semua mati. Mati selepas air akuarium aku ditukar baru oleh adik lelaki aku. Ade la tu silapnya. Tapi aku memang dah jangka pun. Sebab masa aku tinggalkan pun macam ade je yang tak kena.

Namun, sebab makanan banyak lagi berbaki, mak aku gantikan dengan dua ekor ikan mas dengan enam ekor ikan gapi. Jadi ikan yang ade dalam akuarium tu semua ikan mak aku. Bila aku nampak sikit cenggitu maka naik nafsu aku nak tambah banyak lagi. Hasilnya bertambah kepada 6 ekor bawal, dengan 6 ekor ikan platy.

Penghuni-penghuni baru. Ikan DBI tu ada lagi masih berkhidmat

Tapi sayangnye, aku terpaksa lepaskan ikan bandaraya yang aku bela dari awal aku start hobi akuarium ni ke sungai, sebab beliau suka menebang rumput dalam akuarium tu. Tapi aku ganti dengan 3 ekor ikan corydoras, sama function dengan ikan bandaraya tu, cuma lagi menarik.

Aquascape baru. Ikan DBI dah takde.
Selain tu, aku jugak dah tukar filter yang lagi power punya. Filter lama ni la faktor utama kegagalan aku dalam hobi. ni. Filter lama ni kecik, tak mampu tampung banyak ikan. Lebih tiga hari air jadi keruh benor. Dahle mahal kat kedai yang aku beli. Kat lelong.my jauh murah.

Filter lama

Ni pulak filter baru. Aku beli waktu di JB. Harga dia jauh murah dari harga sepatutnya. Besar pulak tu. Lelong.my pun lagi mahal. Lepas aku guna filter ni, akuarium ni lambat keruh. Even hari ni aku nak balik JB, akuarium tu clear lagi. Takla susahkan ayah aku nak tukar-tukar air selalu. Huhu.

Filter baru
Okeh tu je nak citer.

Caucincau.

1 rungutan:

Anonymous said...

bro boleh contact aku tak?nak tanya pasal Peace House Showa..email aku eh bro thanks fitrihakimmdisa@yahoo.com

Post a Comment

 
;