Semua baru2 tajuk entri aku.
Bukan orang baru, tapi ahli yang mendiami di rumah family aku ni. Ikan aku dah bertambah 12 ekor. 6 ekor jenis taktau, lagi 6 ekor jenis ikan gapi. Yang jenis taktau tu dah 2 minggu kot aku bela, tapi 2 ekor mati. Tu yang tambah 6 ekor gapi. Ikan2 ni aku beli kat sorang tokeh cina yang selalu meniaga ikan hiasan kat pasar2 malam atau pagi. Malam beliau meniaga kat pasar malam Taman Jati II Ipoh. Pagi pulak kat pasar sehari di Tanjung Rambutan nun. Aku suka beli kat tokeh ni sebab harge die murah sangat, siap bagi ekstra sekor lagi. Ikan dijual pun cantek2. Beliau cuma meniaga kat pasar2 je, die tak bukak kedai sebab beliau buat kolam besar, macam menternak dgn breeding la.
![]() |
Ni la jenis yang taktau tu. Lupe nak tanye tokeh tu ni jenis ape |
![]() |
Nampak yang tengah kat atas ekor kembang tu? Tu la gapi nye |
Manakala Jumaat minggu lepas pulak, Eun-bi pulak melahirkan anak hamster dengan tidak selamatnya. Hal ini kerna pada Jumaat tersebut femili aku betul2 dah nak keluar bertolak pergi Selangor ke rumah Mak Lang ade open house raya. Masa dah nak pergi baru aku perasan ade sekor anak hamster baru lahir. Kiranya masa nak pergi tu, Eun-bi tengah dalam labor process la. Memang terpaksa tinggalkan la, nak buat cmne.
Dah balik ke rumah petang esoknya tu, 3 ekor bangkai anak hamster dijumpai, sekor tinggal kepala, lagi 2 ekor mati lemas dalam timbunan bedding. Berapa total yg diberanakkan pun aku tak tau. Sebab aku tengok si Eun-bi ni punye perut buncit lagi. Riso je kot ade bangkai baby dalam perut die tu, sbb masa raye dulu ni ade la orang2 datang rumah bawak anak kecik, excited sangat dengan hamster tu, ditangkapnye, entah die picit habis kot hamster yang bunting tu.
Ape-apepun, Hiro, Shibi dan Eun-bi masih hidup bertiga dengan bahagianya sekarang =)
![]() |
Nyenyak Hiro tidor. Shibi, Eun-bi nyorok |
![]() |
Rumah baru mereka |
![]() |
Memperkenalkan.... JEMAH! |
![]() |
Ni la rumah baru Jemah |
Caucincau.
"What ran ahead was usual path home.
What squirmed was the message from misery.
What was opened was the scrapbook of deceit."
0 rungutan:
Post a Comment