Baru kejap tadi aku pegi Jusco Taman Universiti beli periuk nasik nih. Asalnye nak isi minyak je tapi alang-alang dah dekat sangat stesen minyak tu, aku singgah terus. Dan terbelilah aku periuk nasik nih haha.
Tak mahal pun. Kecik je. Sesuai la untuk orang bujang macam aku ni kan haha. Ingat nak beli yang lagi kecik punya. Tapi tengok yang nih ada la sikit lebih fungsinya dari yang kecik biasa tu. Jadi aku ambiklah yang nih. Nanti bolehla steam roti untuk buat sandwich.
Bukan takat tu je. Bila masak nasik sendiri nih memang sangat-sangat jimat, tak banyak duit keluar setakat beli lauk je. Bayangkan kalau beli nasi dengan lauk-pauk campur sikit sayur dah dekat RM4.00. Sedangkan kalau beli lauk dengan sayur je baru RM2.50 lebih kurang macam tu la. Kalau beli beras 5kg tu nak dekat dua bulan boleh tahan, baru je RM13.
Cuba ambik contoh makan 2 kali sehari dalam tempoh 30 hari dengan kadar RM4 sekali makan. 4x2x30=240. Wah, tak sangka pulak sampai macam tu sekali aku belanja. Kalau masak nasi sendiri, harga beras secara anggarannya, 13/30x2=0.22sen sekali makan. Lauk dengan sayur-mayur, 2.5x2x30=150. Belanja bulanan kalau macam nih, 150+0.22=150.22. Baru RM150.22 aje. Jadi secara bulanannya aku dapat jimat sebanyak RM89.78. Banyak jimat tu. 37.4%. Tapi biasanya aku makan nasi sehari sekali je. Malam aku makan ringan-ringan je, tak pun maggi aku masak dalam periuk tu.
Belum lagi campur air. RM1-1.20. Tapi air aku bancuh sendiri je. Jarang sangat aku beli.
Aku ni jenis tak suka sangat makan luar. Tapi kalau member ajak aku pegi je. Apapun, sebnonye kolej kediaman aku tak bagi bawak periuk nasik nih, jadi pandai-pandailah aku nak cover. Lagipun kecik je periuk nih, senang nak sorok. Memang kerja haram jugak aku buat nih.
![]() |
Testing. Testing. |
![]() |
Tada!! Dah masak. |
Doa-doa jela periuk nasik aku selamat.
Caucincau.
3 rungutan:
nampak nasik tu macam keras ja, hahaa
biase la tu.. bile tangan lelaki yang masak. apepun nasik tu sedap je dimakan weh haha.
haha, perut tengah lapar, bagi apapon sumbat saja, x payah kisah keras ka lembik nasi tu..kikiki
Post a Comment