Saturday, 8 February 2014 0 rungutan

JEEP'13 Osaka

Alhamdulillah.

Tanggal 19 Januari 2014 pada jam 3:25 petang waktu Jepun, impian aku dari zaman budak hingusan dulu terrealisasi juga akhirnya, untuk menjejakkan kaki ke muka bumi di negeri matahari terbit. Pada waktu itu adalah musim sejuk bagi negara-negara 4 musim seperti Jepun. Kami seramai 13 orang sekumpulan menginap di sebuah guesthouse di Tennoji, Osaka. Ingat bolehla main salji, tapi unfortunately, Osaka, Tokyo dan Hokkaido adalah negeri yang paling sikit menerima salji di Jepun. So waktu kami pergi tu tak ada la salji. Tapi guesthouse staff situ cakap pagi hari kami sampai tu ada turun sikit, kami sampai petang dah cair la. Haha takde rezeki la tu maknanya.

Betul kata orang, Jepun adalah sebuah negara yang amat bersih. Amat. Susah nak tengok sampah yang tercicir kat tengah jalan. Orang jepun memang sangat peramah, especially older citizens. Seronok dengor deme sembang. Aku yang pernah belajor bahasa jepun ni boleh la faham sikit-sikit apa yang deme cakap. Aku jugakla tukang translator untuk team aku ni memandangkan takde sorang pun yang paham bahasa jepun. Dahla orang jepun susah nak faham bahasa inggeris. Hehe.

Segale winter equipment

Menunggu waktu flight. Sape suruh datang awal sgt. Kn buang masa 4 jam.


0 rungutan

2014

Assalamualaikum..

Dengan ini setibanya aku di universiti yang terletak jauh nun di hujung selatan tanah air hari ini, maka officially nya aku dah bergelar mahasiswa tahun 3 untuk semester ke-2, tahun 2014. Bermulanya semester ini, hidup aku akan betul-betul baru jadi mahasiswa kot, apabila dah mula bizi dengan projek sarjana muda dan latihan industri hujung semester ni. Company aku tak cari lagi nih.

Seperti mana yang kita sedia maklum, hari untuk hujung minggu bagi negeri Johor telah ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu, sama seperti negeri Kedah dan Kelantan. Oleh itu, esok paginya, pagi hari Ahad, sedang kawan-kawan yang belajar di universiti yang lain sedang bersuka-ria ditambah dengan cuti semester yang lebih panjang, aku yang duduk johor ni dah kena masuk kuliah. Pukul 8 pagi pulak tu.

Minggu first, takde banyak benda yang crucial aku rase untuk pergi kelas. Niat nak memonteng besok, tapi ape gunanya aku balik awal. Baik sambung cuti kat rumah. Dah la cuti aku kat rumah dua minggu, member-member yang lain semua rata-rata cuti tiga minggu, bahkan ada lagi yang tak balik ke u lagi sekarang ni. Aku cuma agak jer deme ni extend cuti.

Tak apa la... ape salahnya jadi seorang yang berdisiplin sikit kan.. Ce tengok lecturer-lecturer aku.. deme berjaya sebab tak lain tak bukan adalah kerana latar belakang deme yang berdisiplin. Ni yang aku judge sendiri la based on their life story. InsyaAllah aku pun akan cuba mendisiplinkan diri ni. Persetankan ape yang orang lain nak cakap. Chewah. Hahaha.

Somehow tetiba pulak rase homesick. Tiba-tiba rindu benor kat mak ayah, dengan adik-adik aku sekali. Mane idaknya cuti kejap bebenor. Esok hilang le tu. Haha.

Sumber : ries.typepad.com

Caucincau...
Sejak bila aku rojakkan bahase galak sangat ni..
Hoho =)

"What was desired was a moment of peace.
What can be seen is a hall of hatred.
Where it fell is beyond the darkness."

 
;