Dengan ini setibanya aku di universiti yang terletak jauh nun di hujung selatan tanah air hari ini, maka officially nya aku dah bergelar mahasiswa tahun 3 untuk semester ke-2, tahun 2014. Bermulanya semester ini, hidup aku akan betul-betul baru jadi mahasiswa kot, apabila dah mula bizi dengan projek sarjana muda dan latihan industri hujung semester ni. Company aku tak cari lagi nih.
Seperti mana yang kita sedia maklum, hari untuk hujung minggu bagi negeri Johor telah ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu, sama seperti negeri Kedah dan Kelantan. Oleh itu, esok paginya, pagi hari Ahad, sedang kawan-kawan yang belajar di universiti yang lain sedang bersuka-ria ditambah dengan cuti semester yang lebih panjang, aku yang duduk johor ni dah kena masuk kuliah. Pukul 8 pagi pulak tu.
Minggu first, takde banyak benda yang crucial aku rase untuk pergi kelas. Niat nak memonteng besok, tapi ape gunanya aku balik awal. Baik sambung cuti kat rumah. Dah la cuti aku kat rumah dua minggu, member-member yang lain semua rata-rata cuti tiga minggu, bahkan ada lagi yang tak balik ke u lagi sekarang ni. Aku cuma agak jer deme ni extend cuti.
Tak apa la... ape salahnya jadi seorang yang berdisiplin sikit kan.. Ce tengok lecturer-lecturer aku.. deme berjaya sebab tak lain tak bukan adalah kerana latar belakang deme yang berdisiplin. Ni yang aku judge sendiri la based on their life story. InsyaAllah aku pun akan cuba mendisiplinkan diri ni. Persetankan ape yang orang lain nak cakap. Chewah. Hahaha.
Somehow tetiba pulak rase homesick. Tiba-tiba rindu benor kat mak ayah, dengan adik-adik aku sekali. Mane idaknya cuti kejap bebenor. Esok hilang le tu. Haha.
![]() |
Sumber : ries.typepad.com |
Caucincau...
Sejak bila aku rojakkan bahase galak sangat ni..
Hoho =)
"What was desired was a moment of peace.
What can be seen is a hall of hatred.
Where it fell is beyond the darkness."
0 rungutan:
Post a Comment