Saturday, 23 March 2013 0 rungutan

Earth Hour

Sumber : Wikipedia

Semalam kan Earth hour. Semalam jugak ade la aku dengan beberapa member sambung membuat cucor lemak manis tu lagi. Dahla periuk nasik tu pakai letrek. Tengah syok menggoreng tetiba semua lampu terpadam secara otomatiknya. Bukan bilik aku je, satu UTM dipadamkan letrek. Tak masakla cucor kami.

Tapi lawaknya, sebaik je lampu terpadam, henset aku berdering. Member aku. Dia cakap dia terperangkap dalam lif. Habis kecoh satu wing asrama aku tu. Ikmal siap telepon pejabat yang handle lif tu. Orang pejabat tu cakap kene jumpa felo atau pengetua kolej sebab deme yang handle suis letrek tu. Aku dengan sorang member budak Gas, Taufiq namanye, dah naik moto, dah nak gerak pegi rumah Pengetua dah. Baru je 50m gerak, lampu nyala balik.


0 rungutan

Cucor lemak manis berkrim

Sape kate lelaki tak reti masak? Hihi..

Nah, ni ha cucor lemak manis buatan tangan aku sendiri. Dimanfaatkan periuk nasik yang aku beli haritu nak buat cucor ni. Bancuh sendiri je tepung tu. Goreng pun sendiri.

Bancuh sikit je sebab baru nak mencuba. Kot tak jadi.

Proses menggoreng dalam periuk nasik

Seriess sedap. Tak tipu.

Buat cicahan. Mentega+gula. Makan gitu-gitu je pun dah sedap sebenonye.
Hakhak aku buat, aku makan, member-member tumpang sekaki. Semalam ade buat lagi, tapi banyak sikit la. Sebab ade la dalam 4 orang yang join. Credit to Arif, aku ajor dia bancuh dan goreng cucor tu. Tapi mase kami buat cucor  tu ade la scene yang agak lawak. Nanti aku ceritakan dalam next entry.

Caucincau.
0 rungutan

Koje gile

Lama jugak la tak sentuh blog nih. Baru nak buat entri baru. Kameh lepas aku, Roy, Panda, Arip, Atres, Naza dan Sapik, plan buat koje gile. Kami buat BBQ, kat belakang bilik si Panda, tak mintak kebenaran kat felo kolej dia pun. Biasela perangai laki-laki bujang macam kami nih. Suka buat koje haram.

Kami pilih spot kat belakang bilik Panda sebab nampak cambest, agak sesuai dan sangat strategik untuk BBQ. Kate beliau, "Alah, KTR (Kolej Tun Razak), sape kesah nak buat apa pun. Pengetua pun sempoi. Macam-macam boleh buat". Dan belakang bilik beliau sangat luas, boleh kate buat gelanggang futsal memang cun.

Sebenornye kami dah plan pun dalam sebulan sebelum tu, dan memang betul-betul nak bagi jadi. Tapi Alhamdulillah la takde banyak halangan pun kami nak buat event nih. Walaupun ade la jugak felo datang serbu, tapi takle dia halang pun. Cuma tengok, dan cakap, "Nanti dah habis, kemas elok2 ye". Haha kalo kolej kediaman aku, dah lama kene halau balik. Cissss.

Ayam yang diperam oleh aku dan Roy. 3 ekor habaq hang!

Wednesday, 13 March 2013 0 rungutan

Petronas Mangrove Planting Program

Aku ade join event nih Ahad yang baru-baru nih, 10 Mac yang lalu. Program nih diheboh-hebohkan dalam grup fesbuk bebudak BIOSS jadi tak ramai yang join. Had cuma 40 orang je. Ape lagi aku ambik kesempatan join. Arif, Naza pun join jugak. Atras mula-mula nak join tapi tak jadi sebab beliau kena balik rumah. Senior kami 3rd year yang ramai folo.

Sebelum pergi, kami kena berkumpul di Fakulti Alam Bina pukul 8.00 pagi. Masa berkumpul tu ade pulak budak-budak Fakulti Sains join sekali. Budak Sains Fizik 1st year. Aku ingat budak-budak BIOSS je. Haha takpelah, lagi meriah. Dalam pukul 9.00 pagi dua buah bas bertolak ke Taman Negara Johor Tanjung Piai, Johor yang mane tempat ni dikenali sebagai 'The Most Southern Tip of Asia'.

Mercu tanda Taman Negara Johor Tanjung Piai


Friday, 8 March 2013 0 rungutan

Moist Chocolate Cake... Mooooiiissssttttt

Inilah dia hasil kerja tangan orang jantan kan hehe.

our most Moist Coklet Kek

Friday, 1 March 2013 3 rungutan

Periuk nasik baru

Takde koje. Bende camnih pun nak cerita.

Baru kejap tadi aku pegi Jusco Taman Universiti beli periuk nasik nih. Asalnye nak isi minyak je tapi alang-alang dah dekat sangat stesen minyak tu, aku singgah terus. Dan terbelilah aku periuk nasik nih haha.





 
;