Monday, 27 July 2015 0 rungutan

Kuching, Sarawak

Ni pun cerita lama.

Lagi lama.

Trip dengan member sekolah IGop dulu, Kamarul namenye, juga bersama kawannye, Awe.

Pergi sebelom naek 4th year, kiranya cuti final sem jugaklah. Nak ke luar negara tak mampu, Sarawak pun kira oversea lah. haha

Dulu nak buat entri pasal ni, tapi terdelete habis gambor2 kat sini. Mujur boleh recover balik tapi tak semua la. Huhu sedeyy T.T

Semuanya bermula dengan tiket flight murah. Lagipun senang, Awe ni memang belajor kat sane pun, so segala urusan semua dah setel. Dari sewa hotel, planning sampai la ke kereta sewa. Mudah. Ahaha

Ingat nk numpang kat kolej kediaman die kat sane nun, boleh bajet sikit, tapi tak terduga paper beliau abes awal so die kene balik cepatlah, kolej kene dikosongkan. Takpelah kami dapat hotel bajet pun bilik dua katil single pun dalam RM25 semalam. Murah la tu. Empat hari je pun di sana :)

Kami cuba Malindo Air. Kapal baru, customer service ok je.
Sarapan. Kat KLIA2. Kat Texas Chicken. 1st time dengor

0 rungutan

Ho Chi Minh, Vietnam

Ni cerita lama.

Waktu cuti midsem last sem dulu.

Ya, terkenang.

Rindu pulak kat sini. Ho Chi Minh, Vietnam.

Trip last dengan kengkawan. Aku mula2 berkeras tak mau pegi. Tapi kawan aku sorang ni, mastermind trip ni, yang aku citer kat post lepas yang kamceng ngan aku ni, paksa jugak aku pegi, siap nak beli tiket untuk aku sekali. Senang aku panggil die MatRoy. Aku taknak pegi sebab die aku ingat die bawak banyak member palap die, rupenye tak. MatTeghas dengan MatKemal pun join skali. Setelah dipaksa banyak kali, aku akur jua..

Jadi, kami berlepas ke KLIA2 dengan flight dari Senai jam 10.00 malam pada 3 April 2015. Sampai KLIA2 dalam jam 11:00 malam. Merempat la kami di sane sampai 11 pagi esoknye. Punyalah mengantuk esoknye tahan mata dari malam sampai pagi.

Maka flight ke Ho Chi Minh pukul 11 pagi bertolak ke KLIA2 sampai la ke sana dalam nak masuk pukul 3 waktu mesia. Tak ingatlah, tapi rasanya jam sana sama dengan mesia kot. Sampai sane aku carik hotel dulu, tidor dulu pueh2. Haha.


Kat KLIA2 lagi nih

Ni dah sampai airport sana. Kat luar airport tunggu bas
Taktau la ape bende nih

Banyak kain murah2 cantik2 kat sini. Sebab tu Ho Chi Minh ni syurga tempat pempuan shopping

Depan Thanh Long Tan hotel

0 rungutan

:(


Batch SKKB11/15
Sebulan dah berlalu.

Dah raya dah pun.

Sebulan sudah sejak dari tarikh 18 Jun 2015.

Tarikh untuk meninggalkan zaman sebagai seorang pelajar, seorang mahasiswa.

Maknenye dah graduate lah! Yahaaa!

Tapi sedihlah. Dah tak ade seronok-seronok dengan member-member macam dulu lagi. Semua bawak haluan masing-masing. Ade yang sambung belajar, ade jugak yang kene carik kerja, macam aku la ni.

Sedihnye sebab tak dapat jumpa macam dulu-dulu lagi. Kat luar bolehlah, tapi suasana tak macam zaman belajar dulu. Mula rindu semua tu. Paling dirindui adalah bilik single aku kat UTM sana tu. Nostalgic. Dua tahun aku duduk bilik yang sama. Huhu.....

Kalau datang balik ke Skudai sana pun, tak rasa macam dulu dah. Datang sebagai pelawat. Bukan penghuni yang bermastautin. Kat kolej kediaman, memalam suka dengar MJ12 cerita hantu. Dulu jugak member-member suka datang bertandang ke bilik. Tambah lagi ade sorang member yang dah macam penghuni tetap bilik aku tu, tak la bosan duduk sorang-sorang, seronok lagi ade. Boleh aku cakap member paling aku rapat la. Ade die ni buat aku jadi kaki jalan. Sampai la ride berdua dari Skudai ke JB dengan Batu Pahat. Sesame kematu bontot. Semata nak cari makan femes yang viral kat fb. Rindu kat member ni. Dah koje pun dia di Australia sana. Dekat sangat tu. Hahaha!

Kat fakulti pulak, dulu rase cam bangge je jadi undergraduate student FKK satu2 fakulti atas bukit tu. Fakulti paling femes kat Skudai nun. Haha ye ke? Kafe Ruby kat situ memang jarang aku nak singgah. Jalan dengan member2 terselisih dengan postgrad student rase macam rase nak senyum sampai telinga pulak walaupun undergrad je, sebab aku pikir deme mesti teringat zaman deme undergrad dulu masuk kelas ramai2 belajar sesame hahahah.. aku rase aku sorang je pikir camtu :P

Balai cerap jadi port lepak malam2 ambik angin dengan kengkawan. Kat tasik pulak port tempat cuci mata jogging sambil tengok itik2 berenang. P19 jadi arked makan feveret aku sebab makanan die paling murah dalam UTM. Sampai makcik Indon tu kenal sangat muka aku dah tau suka bungkus takmau plastik. Minimart Azah jadi tempat bertandang kalau lapor tengah2 malam. Tak kurang jugak Warung Bibik kat Kolej Perdana pun nasi ayam berempah jadi kegemaran, sebab member aku tu suka ajak makan situ. Zaman 2nd dengan 3rd year memang rajin aku maghrib dengan isyak kat MSI tu. Pasar malam belakang KDOJ dengan Taman U wajib aku pergi tiap Isnin dengan Jumaat semata nk makan sedap. PSZ port aku lepak waktu dekat final exam, bukanla konon rajin tapi semata-mata nak elak dari ramai yang nak tanya aku itu ini sebab nnti stadi aku jadik lambat. Final year ubah angin pegi PRZS pulak, laiberi baru. Perhh best!

Ape lagi ape lagi hah aku tak ingat dah. Tetiba pulak datang saat mengimbau nih. Puihh! Haha

Koje belum dapat lagi nih. Selagi takde koje selagi tu aku melangut bosan kat rumah. Bosan amat! Tu yang teringat-ingat nih.

Harap cepat dapat koje, koje yang elok2 InsyaAllah.

Caucincau.

"What wandered in the classroom was our memories.
What echoed was the countdown to despair.
What arrived was the end of beginning."

Atonement - Retake
Saturday, 7 February 2015 0 rungutan

:)

Assalam.

Dah lama masuk tahun baru dah pun. Maka ni post sulung tahun ni. Setelah lama terbiar.

Hamster aku.

Eun-bi dah selamat melahirkan lima ekor baby hammy tiga minggu lepas. Kali ketiga die terberanak.

So sekarang umur deme dah tiga minggu lebih.

Kini dah bukak mata, boleh lari-lari.



Waktu masih lagi dalam jagaan Eun-bi

Hari ni aku asingkan deme dari ibu deme. Supaya putus susu. Dan jugak tak mau bagi ibu die bersifat agresif terhadap hamster2 besar yang lain. Dan jugak supaya deme kenal abang-abang deme yg dah besar bulat.

Haha.

Caucincau.

 
;