Saturday, 8 March 2014

Induction Cooker BARU!!

Nak unboxing.

Biasa unboxing orang buat video kat youtube. Aku pulak cuma letak gambar je kat blog. Haha koje mudah.

Midea Induction Cooker C21-RK2104
Semangat aku keluar pegi AEON Taman Universiti sebaik je lepas solat Maghrib hari ni semata-mata nak beli induction cooker nih. Well, dah lama sangat aku survey induction cooker ni, dari masa awal semester lagi. Nak jimat punya pasal. Sanggup aku jalan sampai City Square kat JB nun nak survey yang terbaik. Last2 beli kat taman u jugak yang paling dekat dengan UTM ni. Tambah lagi bila duit jpa dah mashuk. Huhu..



Warranty. 12 bulan kasi.

Magnetic stainless steel cooking pot. Dibagi sekali dalam kotak.

Induction Cookernye.
Maka dengan kehadiran kitchen appliance yang baru ini maka bolehla aku merancang perbelanjaan masa depan dengan lebih berhemat lagi Insya-Allah. Walaupun benda ni haram untuk aku bawak masuk hostel. Ahaha macam tak biasa pulak dah. Rice cooker dah ada, lepas ni masak nasik goreng sendiri la kat bilik tiap-tiap malam. Tak payah susah-susah nak keluar pi makan kat kafeteria. +++save money.

Gambo sample kat AEON masa survey. Desain ni yang buat aku sangat tertarik.
QPlus Induction Cooker QP-2080 IC


QPlus ni jugak antara brand yang aku consider dalam list tapi aku prefer lagi midea. Cuma in case kalau midea kat aeon taman u tu dah habis stok maka aku ingat nak ambik brand ni yang jual kat Giant U-Mall tu. Sebelum ni aku ada survey brand ni sebelum tu kat umall jugak, harga RM80 AJE. Sumpah murah. Tapi jenis lain la. Nak beli haritu jugak, tapi takde duit. Last2 seminggu lepas tu aku tekad gak walaupun duit jpa tak masuk lagi, tengok2 dah takde.. Huhu takde rezeki. Tanye mamat kaunter tu, ada tapi tu untuk clearance. Tapi yang tinggal tu pun bermasalah. Alhamdulillah hikmah la tu. Yang gambo atas ni jenis baru. Rege sama cam Midea yang aku dah beli ni.

Nak dijadikan cerita, lepas aku beli induction cooker ni, terus la aku nak test. Test goreng telur dadar. On je temperature ter'set' 200+ degree. Terkejut aku tengok kuali tu merah menyala berapi macam besi kena bakar lama tambah lagi minyak sikit je dalam tu. Terus aku off cooker, habis berparut hitam dalam mangkuk kuali aku tu. Huhu terus je cacat lepas baru beli.. amacam ini T.T

Apapun nasib baik boleh pakai. Takde pape rosak pun. Hehe.

Apapun alhamdulillah.. Hajat kesampaian.

Well, jangan lupa la pasal kes kapal terbang MAS MH370 ke Beijing yang hilang hari ni. Walaupun dah lama berapa jam tempoh kapal tu hilang, mintak2 semuanya berada dalam keadaan selamat. Sebab aku tau, masa aku duduk dalam kapal terbang jujur aku cakap hati sangat-sangat tak tenang selagi tak sampai. Takut benda macam ni terjadi. Tapi tak sangka terjadi hari ni. Tambah2 lagi aku dah planning nak pergi Beijing awal tahun depan. Dah mula takut ni.. Nauzubillah.
#Pray4MH370

Caucincau.

"What imprisons you is the image from the past.
 What beckons you is the false image of the future.
What exist there is but another game."

2 rungutan:

Unknown said...

buat apa tak boleh guna

Anonymous said...

eihh how to use the Qplus induction cooker😂

Post a Comment

 
;