"Asal telefon rumah je, mesti ade pekse. Banyak betul pekse abang ye.
Tak penat ke? Bizi memanjang je." Tu la yang adik aku slalu cakap kat aku
bila aku telefon ke rumah, atau waktu aku balik rumah. Almaklumlah hidup kat
universiti memang cenggitu. Exam memanjang. Nak buat camne.
Dan sekarang dah masuk era gelombang Test 1 bagi mahasiswa-mahasiswi di
Malaysia nih. Dan sekarang
exam mode already activated. Hahaha. Bagi
budak-budak kos aku, semester dua tahun dua nih la semester yang paling
tough sepanjang empat tahun belajar. Member-member banyak dah bising kate
down
giler sebab tak faham
solution soalan itu ini. Lepas tu kate
"Tolong aku weh aku tak stadi ape-ape lagi ni." Tak kurang jugak yang
kate, "Habisla aku kali nih, aku rase aku banyak main-main sem ni. Tak
stadi ape pun. Memang jatuh terok aku sem ni." Selalu cakap macam tu tapi
nanti
result keluar gedabak hebat. Geram jugak aku dibuatnya. Hihi.
 |
Sumber : wikispaces.com |